CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Dihempuk Kerusi, Lelaki Dakwa Bekas Isteri Bawa Lari Dan Dera Anak

17-9-2022 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1429| Komen: 5

Tular video di TikTok menunjukkan dakwaan seorang lelaki terhadap bekas isterinya yang tergamak memukul anak mereka menggunakan kerusi dan meja.

Menerusi video itu, kedengaran suara kanak-kanak lelaki menangis selain kedengaran suara seorang wanita sedang memarahinya. 

Lebih mengejutkan apabila wanita terbabit yang dipercayai ibu mangsa, menghempas sebuah kerusi ke arah anak lelakinya itu.


TikTok

Bercerita lanjut, lelaki ini mendakwa bekas isterinya melarikan anak lelaki mereka sejak 16 Mac 2021 lalu. Malah, kanak-kanak malang itu juga dipercayai sering didera ibunya.


Lelaki ini mengakui sangat terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya yang dikatakan tergamak melakukan penderaan terhadap anak kandung mereka. Dakwa lelaki ini lagi, dia juga pernah dicederakan isterinya gara-gara tidak membenarkannya keluar bersama lelaki lain.

Dalam kapsyen yang ditulis, individu ini mendedahkan bahawa bekas isterinya itu mempunyai dua identiti yang berbeza selain mempunyai dua kad pengenalan iaitu di Malaysia dan Thailand. Tambahnya lagi, maklumat seperti nama dan umur dalam kad pengenalan juga berbeza.

"Anak lelaki saya di bawa lari awal lock down 16 Mac 2021. Bekas isteri bawa lari anak saya tanpa izin saya. Penderaan berlaku tahun ini, perkongsian dari skandalnya pada saya yang sendiri tidak kenali siapa lelaki berkenaan, apa hubungan mereka. Anak saya dipukul dengan meja, laporan polis telah dibuat tapi saya kecewa teramat.

"Saya buat report hari yang sama berita ini saya dapat tahu dari jam 9 malam hingga 3 pagi. Tutup sahaja kedai terus buat report, takut anak saya jadi apa-apa. Kerana lama disidai menunggu laporan, saya putus ada dari mengubah report bertukar menarik report. Dengan anak saya yang masih kecil usia 5 tahun, esok nak sekolah sampai berjam lama kena tunggu.

"Ada bukti masih berparut kerana jantan lain juga nak bawa dia keluar jam 1 pagi kerana saya larang, saya dibaling ibu kunci atau solex padu, memancut darah di kepala saya. Kini saya berserah pada umum untuk menilaikan, saya tak ada kaitan dalam video ini cuma sebagai penerima video. Keadaan anak saya hingga kini tiada berita.

"Beliau (bekas isteri) berasal dari Thailand mempunyai dua identiti nama dan kad pengenalan berlainan nama dan usia. Bila saya laporkan hal ini kepada pihak berwajib, kata mereka orang sana memang biasa. Jadi tak ada kesalahan atau akta kesalahan yang boleh dikaitkan. Jika anak saya mati atas nama dia di Thailand, adakah boleh didakwa? Sedangkan nama di Malaysia lain. Satu orang mempunyai dua umur berbeza dan nama ada dua iaitu kad pengenalan Malaysia dan Thailand."



Video yang dikongsikan mendapat pelbagai respons netizen yang rata-ratanya berharap tindakan sewajarnya dikenakan terhadap pendera. 


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 17-9-2022 02:49 PM
Udah ada tritnya dari kelmaren sore, lengkap foto dan video. Di merge aja lah

(Video) Lelaki pasrah lihat anak dipukul bekas isteri guna meja, video dikongsi oleh skandal bekas isteri
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5064830
Quote CiliPadiSedap 18-9-2022 05:29 PM
Friska: Udah ada tritnya dari kelmaren sore, lengkap foto dan video. Di merge aja lah(Video) Lelaki pasrah lihat anak dipukul bekas isteri guna meja, video di ...


diamlah kau batu api. kerja merge tu kerja moderator bukan kerja forumer. trit trit ? eja thread pun pelat? lidah pendek? halkum dinasour?

Quote KamikuP 19-9-2022 09:15 AM
Ni mesti mak budak tu gemuk gundu macm bainunbelon
Quote Samerosie 19-9-2022 09:22 AM
KamikuP replied at 19-9-2022 09:15 AM
Ni mesti mak budak tu gemuk gundu macm bainunbelon

Tak, rupa macam perempuan yg suka telecast masak2 belakang rumah dia tu yg laki dia yg gundu apatah nama zailan.
Quote KamikuP 19-9-2022 10:02 AM
Samerosie replied at 19-9-2022 01:22 AM
Tak, rupa macam perempuan yg suka telecast masak2 belakang rumah dia tu yg laki dia yg gundu apata ...

Haah ye la cuolss.. yg suka masak2 belakang rumah tu apooo....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.033730 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top