CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nama Jadi Buruk, Terpaksa Bayar Ganti Rugi RM33,000!- Roslan Shah Bengang Jamal Abdillah Tak Muncul Di Singapura

17-9-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7888| Komen: 45

Roslan Shah terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura selepas penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah didakwa gagal membuat kemunculan pada acara tersebut yang berlangsung sejak Jumaat lalu.


Roslan yang bertindak sebagai pembantu acara bagi mendapatkan artis jemputan program itu memberitahu, Jamal sebelum ini sudah memberi persetujuan untuk hadir sebagai penampilan istimewa namun gagal berbuat demikian pada saat-saat akhir.

Foto: IG

"Sebelum ini beliau sudah beritahu akan hadir ke program tersebut malah pihak penganjur sudah menempah hotel dan tiket penerbangan untuk ke Singapura namun Jamal tidak hadir.


"Saya dihubungi pihak penganjur tentang hal berkenaan dan telah diminta untuk membayar ganti rugi sedangkan ia bukan salah saya.

"Sebagai seorang penyanyi legenda, Jamal sepatutnya bersikap profesional dan maklumkan lebih awal jika tidak dapat hadir. Sekurang-kurangnya saya boleh mencari pengganti yang lain," katanya kepada mStar.




Tidak hanya Jamal, Roslan mendedahkan pelawak Yassin Yahya juga membatalkan penglibatan sebagai antara seorang selebriti yang akan membuka gerai jualan di expo berkenaan.

Kata Roslan, Yassin memaklumkan tidak dapat menyertai program itu pada saat-saat akhir meskipun promosi tentang penglibatan artis-artis dari Malaysia termasuk dirinya sudah dilakukan terlebih awal.

"Saya dimaklumkan oleh isteri Yassin dia ada masalah dan tidak boleh datang ke Singapura. Dia juga tidak maklumkan lebih awal dan beritahu salah seorang rakan artis lain menggantikan tempatnya di gerai jualan," ujarnya.




Sementara itu, situasi tersebut kata Roslan telah menjejaskan nama baiknya dalam kalangan penganjur di Singapura dan semua kesalahan diletakkan di bahunya.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Roslan akan lebih peka apabila melibatkan nama-nama artis terkenal dalam mana-mana acara pada masa hadapan.


"Apabila nama artis yang memberi persetujuan sudah diiklankan di radio dan televisyen, orang akan datang untuk mencari mereka.

"Nama saya sendiri jadi buruk kerana mereka akan cara saya jika artis diharapkan tidak hadir. Ini ujian buat saya... walaupun rasa teraniaya, saya akan tetap kuat," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 17-9-2022 02:56 PM
Cobaan..Allah sayang...
Quote CurangLagi 17-9-2022 02:59 PM
ada hitam putih??
Quote kukukatablog 17-9-2022 03:02 PM

aku ada tengok live dia td, dia kata mmg xde hitam putih atas dasar percaya kawan2
Quote kukukatablog 17-9-2022 03:03 PM
sajat dah sampai singapore pon, ICA suh return balik ausie,
anak2 angkat sajat dah ready nak jumpa kat singapore katanya..
Quote armin 17-9-2022 03:19 PM
kukukatablog replied at 17-9-2022 03:02 PM
aku ada tengok live dia td, dia kata mmg xde hitam putih atas dasar percaya kawan2

Alasan heols tak datang sebab apa?
Quote kukukatablog 17-9-2022 03:27 PM
armin replied at 17-9-2022 03:19 PM
Alasan heols tak datang sebab apa?

sbb letih katanya
Quote Perawankota 17-9-2022 03:28 PM
Pengajaran utk semua.. Pa's ni Apa2 jgn ckp mulut jer, kena buat agreement klu melibatkn duit
Quote auntyonion 17-9-2022 03:32 PM
Patutlah die buat lewa je xde black n white
Quote alieyrina 17-9-2022 03:33 PM
Kawan sendiri lagila takleh caya acik lan oiii..
Kwn tu pulak bederet anak kecik
Quote armin 17-9-2022 03:35 PM
kukukatablog replied at 17-9-2022 03:27 PM
sbb letih katanya

Lah… kalau dah buat event tu biarla ada hitam putih. Yang penganjur tu mintak ganti rugi dia ada ke hitam putih jugak? Cakap mulut je memang la
Quote anony-mous 17-9-2022 03:47 PM
Kesian heshe. Tp klau x ada hitam putih mmg payah.
Quote NEmma 17-9-2022 03:51 PM
kukukatablog replied at 17-9-2022 03:27 PM
sbb letih katanya

Letih la sangat. Bukan sbb dapat show lain yg payment puluhan ribu? So, cancle je la ke Singapore tu.
Quote NEmma 17-9-2022 03:53 PM
auntyonion replied at 17-9-2022 03:32 PM
Patutlah die buat lewa je xde black n white

Kes ni kesian dgn Cik Lan. Ko tak nak dtg ke, atau dpt show lain, be professional lah. Call org tu awal2 cakap x dapat dtg. Ni buat diam. Apo punya attitude?
Quote tuntasha 17-9-2022 04:05 PM
Reputation Tok Mal pun da tercelar dgn perangai camni. Tak padan tua nya eh perangai ngalahkan yg muder
Quote midori_katana 17-9-2022 04:16 PM
kukukatablog replied at 17-9-2022 03:02 PM
aku ada tengok live dia td, dia kata mmg xde hitam putih atas dasar percaya kawan2

Nama pun bisnes kan. Apahal lah tak der hitam putih.. tak professional langsung
Quote epal21 17-9-2022 04:18 PM
Cik lan deal dgn sapa hari tu? Dgn PA tokmal je ke? Ntah2 tokmal tak tahu pun. Next time buat agreement hitam putih. Kesiannya buta2 je kena bayar ganti rugi.
Quote honeybee1802 17-9-2022 04:23 PM
Sheshuatu ciklan ni..i mean cara kerja dia la...main jemput2 ja...dgn sajat dia tak check ka sajat tu clear boleh msk idak...dgn cik mal pun kalo baca dr side cik mal they nak tolak tp ciklan beria...so cikmal suh ganti ka dgn anak eh...takdo itam putih kata cik mal...
Quote izat123 17-9-2022 04:48 PM
Elok je Jamal semalam menyanyi sambutan hari Malaysia walaupun tempo dengan kirik berterabur nyanyi mentera semerah padi. Tapi asyuk lah kot job nyanyi depan PM haha
Quote hyie 17-9-2022 05:16 PM
Manager dia yang kena jawab.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052343 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top