CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad Tak Tahu Apa Anak Mahu- "Dia Tak Pandai Menyusu, Saya Tak Pandai Pegang Dia"

17-9-2022 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6636| Komen: 50

"Muka saya dah tiada rupa manusia… macam zombie. Malam pertama dan kedua adalah pengalaman paling teruk kerana semalaman tak tidur."

Demikian kata pengacara dan pelakon Uyaina Arshad yang berkongsi pengalaman tidak cukup rehat selepas melahirkan cahaya mata lelaki, Raja Urhan Raja Syahiran pada 8 September lalu.

Foto: IG

Uyaina berkata, dia juga mengaku terkejut dan masih kekok untuk menguruskan anak lelakinya kerana apa yang dipelajari sebelum bersalin adalah berbeza.

"Saya masih tak tahu apa yang dia nak… Raja Urhan pun masih tak pandai menyusu badan, malah saya sendiri masih tak pandai nak pegang kerana dia sangat lembut.




"Kalau dia menangis pun saya masih 'blur' . Pada minggu pertama saya agak terkejut kerana banyak benda yang saya tak tahu.

"Sebelum bersalin saya memang kerap baca buku, menonton YouTube dan dengar pendapat orang lebih berusia mengenai cara menguruskan anak, tapi bila diri sendiri lalui saya hilang kata-kata," katanya.


Menurut Uyaina, dia juga berdepan cabaran kerana perlu memastikan dirinya berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh berpantang.

"Alhamdulillah sekarang ini saya sudah semakin pandai menguruskan anak. Kami bergilir-gilir jaga Raja Urhan. 

"Dalam tempoh berpantang ini saya juga suka makanannya, bertungku, urut dan macam-macam lagi proses yang perlu saya lakukan bagi memastikan keadaan diri saya sihat," katanya.





Terdahulu Uyaina selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di sini.

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 17-9-2022 02:34 PM
Aish, dr pregnant sampai beranak.
Yup, aku tau excited, tp wartawan cari dok bukak kisah ko mcm ko sorang je pregnant.
Haish.

Ok, done being negative. Tahniah dpt baby
Quote chekacheku 17-9-2022 03:01 PM
Congrats uyaina..alah bisa tegal biasa..entahh
Quote alieyrina 17-9-2022 03:35 PM
Bukan ada bidan duk tolg mai jaga?
Dia bleh ajar whatt. Terpaling beranak ka yaina
Quote wikedsaikel 17-9-2022 03:41 PM
Cantik la dia ni
Quote Pujangga22 17-9-2022 03:42 PM
dia ni dah lah berpenyakit...harap2 tak lah stress teru mcm Acik EL
Quote shernazz 17-9-2022 03:43 PM
Mmg.la..anak.pertama.kan..
Iols.dolu.siap beli gripe water sebab anak iols.slalu kembung n iols tak reti nak bg susu badan...
Susu tak keluar..
Lepas seminggu baru kuar..huhu...sebelum tu iols bg susu formula.je
Quote Perawankota 17-9-2022 03:46 PM
Bertabahlah yeee
Quote jihyomelly 17-9-2022 04:16 PM
tak cuba tanya mak billie ke..kan mak billie byk membaca..dari jaga anak dari ain..bf non stop..kucate suma byk membantu

biasa la anak 1st..pepelan blajar ye
Quote tikusmontok 17-9-2022 04:28 PM
Abis tu nak suruh netizen buat apa?
Quote stania83 17-9-2022 04:57 PM
Raja syahiran nii masa zaman vines comel gila
Quote Thunderclouds 17-9-2022 04:57 PM
Dah start daahhhhhhhhhhhhh
Quote Mummy_Shark 17-9-2022 05:13 PM
Biasalah anak pertama tapi untung ada cl tolong. Welcome to motherhood journey lama2 pandai siap kasi tips lagi ????
Quote bellaamsar 17-9-2022 05:17 PM
Cantik uyaina ni
Quote LadyCarefree 17-9-2022 05:22 PM
Xpatut dia dpt anak. Apa punya statements. Dahlah sejenis batak panggil anak sendiri dengan title. Lawak.
Quote ghalibboy 17-9-2022 05:53 PM
Biasa lah, first time mother
Quote eyansss 17-9-2022 11:13 PM
LadyCarefree: Xpatut dia dpt anak. Apa punya statements. Dahlah sejenis batak panggil anak sendiri dengan title. Lawak.


aku ingat aku sorang je pelik panggil anak tu raja…
Quote AcikBuncit 18-9-2022 12:04 AM
Ank pertama, biasa. Lgpn wlau bnyk mana ko belajar, tgk utube ke, dgr nsihat org ke, pengalaman tu mmg xkn sama. Sbb anak dia lain peel dgn ank kita. Jd cara org lain2. Rilex je.. Cuma glir2 la dgn suami. Pam susu. Jgn lama sgt xtidur malam.. Sakit nanti dik oi..
Quote orkid_amani 18-9-2022 12:20 AM
Hg sungguh ka Uyaina takdak sister @ nurse hat ajaq hg mcmna nk pegang baby..mcmna nk susukn baby iols hat beranak kat GH ni pun turun2 ward ja ada sister Mai kenalkan lactation consultant utk ajaq mcmna nk susukn baby..dia tgk lekapan & suction baby mcmna..siap ajaq lg mcmna nk burp kn baby..sesi freetu 15-30minit utk setiap mak2 yg turun dari LR.. xkn private xdak?  
Quote ctnorpropa 18-9-2022 12:42 AM
orkid_amani replied at 18-9-2022 12:20 AM
Hg sungguh ka Uyaina takdak sister @ nurse hat ajaq hg mcmna nk pegang baby..mcmna nk susukn baby  ...

Uyaina ni ada sakit jantung kan. Selalu kalau ada kes camni memang kena bersalin kat GH je uols.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.051613 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top