CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tunjuk Pistol Buatan Sendiri, Sekali Meletup Kena Kepala Kawan Sekolah

17-9-2022 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1324| Komen: 5

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun maut apabila senjata api buatan sendiri yang dibawa rakannya ke sekolah meletup secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 1.30 petang Khamis, pelajar Sekolah Lad Pla Duk di daerah Bang Bua Thong, Nonthaburi dilaporkan cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Gambar hiasan

Komander polis wilayah Nonthaburi, Mejar Jeneral Paisan Wongwatcharamongkol, berkata siasatan mendapati seorang pelajar membawa pistol buatan sendiri milik seorang pelajar senior ke sekolah.

Pelajar itu menyembunyikan pistol itu di dalam jaketnya kerana mahu menunjukkan senjata berkenaan kepada mangsa.


"Pistol itu dipercayai meletup secara tiba-tiba dan peluru terkena kepala mangsa yang sedang duduk di hadapan komputer.

"Siasatan juga mendapati kedua-dua pelajar itu berkawan rapat," katanya pada sidang media.
Empat pelajar menjadi saksi kejadian itu.

"Pelajar yang membawa pistol itu didakwa atas kesalahan memiliki senjata api secara haram dan menyebabkan kematian," katanya.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 17-9-2022 02:36 PM
ni belum lagi 3d print pistol , klu dpt file stl kt tenet, abis dia buat sndiri
Quote Perawankota 17-9-2022 03:46 PM
Thailand ni seram betul.
Quote Highflyer19 18-9-2022 08:30 AM
Byk pulak kes mcm ni…
Quote aina_shaira 18-9-2022 08:31 AM
Pandainya buat pistol. Hebat
Quote tikusmontok 18-9-2022 10:05 AM
Patutnya ko yg mampos, tak pasal2 org lain jd mangsa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.031543 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top