CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kuarters Bomba Di Kelantan Setiap Hari Mandi Peluh, Dah 3 Tahun Lif Rosak- "Bayangkan Yang Duduk Tingkat 10"

17-9-2022 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1692| Komen: 13

KOTA BHARU: Lebih 300 penghuni di Kuarters Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu di sini ‘bermandi’ peluh apabila terpaksa turun naik tangga susulan dua buah lif di kawasan tersebut mengalami kerosakan sejak tiga tahun lalu.


Menyulitkan lagi keadaan, ada dalam kalangan penghuni yang mengidap penyakit jantung, gout, asma, ibu mengandung dan anak-anak kecil berdepan kesukaran setiap lagi turun naik tangga di kuarters berkenaan.

Disebabkan masalah tersebut, ramai penghuni membuat keputusan untuk berpindah dari tingkat 10 kepada tingkat lima susulan tidak tahan berdepan situasi tersebut.

Seorang penghuni Rogayah Hasan, 48, berkata, lif merupakan keperluan utama mereka yang tinggal di sini sejak kuarters berkenaan mula beroperasi sekitar 1995.

Foto: Utusan Online


“Sudah 10 tahun saya tinggal di sini. Namun, sejak tiga tahun kebelakangan ini, situasi menjadi semakin teruk.

“Mulanya, hanya sebuah lif sahaja yang mengalami kerosakan, selepas itu, sebuah lagi turut rosak menyebabkan kami terpaksa turun naik menggunakan tangga,” katanya ketika ditemui pemberita di BPP Kota Bharu, di sini hari ini.

Rogayah memberitahu, walaupun sudah acap kali kemudahan itu dibaik pulih, namun, ia tetap berulang sehingga anaknya hampir tersepit.

Katanya, walaupun mempunyai masalah jantung dan mudah letih dia terpaksa menggunakan tangga ketika tiada pilihan.

Sementara itu, seorang penganggur, Hanif Amin, 27, memberitahu, sebelum ini, dia tinggal bersama keluarganya di tingkat lima, namun, berpindah ke tingkat tiga kerana dua lif tersebut gagal berfungsi sehingga sekarang.

Katanya, penyelenggaran banyak kali dilakukan, tetapi lif hanya boleh digunakan hanya dalam tempoh yang singkat.

“Pernah berlaku penghuni di sini terperangkap selama 30 minit di dalam lif, namun, bernasib baik apabila pasukan bomba cepat bertindak.

“Oleh itu, kami berharap sangat pihak berwajib mengambil langkah segera bagi mengelak masalah ini terus berulang dan sekurang-kurangnya biarlah satu lif yang boleh digunakan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, masalah tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihaknya dan usaha membaik pulih kerosakan itu.

Katanya, JBPM Kelantan sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa peralatan dari negara luar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Masalah sama (lif) turut berlaku di kuarters JBPM negeri di Tunjong,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 17-9-2022 02:35 PM
teruknya la pengurusan fasiliti ni
tp brg² lif mmg kena ambil drg luar ngr ke?
kt msia xde stok? atau lif tu bukan jenis lif bese²?
Quote belilies 17-9-2022 03:15 PM
Hanif amin masih menganggur pada usia 27 tahun? Mengeluh naik turun tangga tingkat 5?

Tapi boleh tahan ramai jua lah sampai tingkat 10 krts bomba ni. Selalu flat gunasama tinggi camni. Krts cikgu pun rata2 sampai tingkat 4.
Quote alieyrina 17-9-2022 03:28 PM
Mesti kurus2 yg duduk sini
Quote tripleid 17-9-2022 03:33 PM
Edited by tripleid at 20-9-2022 01:11 PM

Nampak sgt gomen dah takde duit..
Quote Belibis 17-9-2022 08:27 PM
Udah selalu cakap tak mandi sebab air kotor..elokla mandi peluh pulak.
Quote matchstick 17-9-2022 10:02 PM
Hanif amin menganggur sbb tak larat turun naik tangga utk pergi kerja ke..
Quote Acikgomen 17-9-2022 10:18 PM
tripleid replied at 17-9-2022 03:33 PM
Gomen dah takde duit ke

Duit simpan utk bonus weols yach
Quote epal21 17-9-2022 10:48 PM
Yg mana hanif aminnya? Yg pakai baju hitam bertopi dlm gambar tu ke? Kalau yg itu wajarlah tak larat turun naik tangga tingkat 5.
Quote shernazz 17-9-2022 10:49 PM
Berek polis 15 tingkat relaks je habang2 polis naik turun bawak barang..
Quote Triple_8 18-9-2022 12:11 AM
Nak lif ko nok isle?
Quote Highflyer19 18-9-2022 12:15 AM
Asal cerita lif msti nama rogayah...mmng pakej ke mcmana
Quote dekmieDandy 19-9-2022 10:45 AM
perlu ke highlight 'seorang penganggur' tu
Quote tripleid 20-9-2022 01:12 PM
Acikgomen replied at 17-9-2022 10:18 PM
Duit simpan utk bonus weols yach

huntongglahhh...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.035562 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top