CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Je Kemalangan, Wanita Dipatuk King Cobra- Mata Jadi Kabur dan Suara Sengau, Suami Datang Hospital Bawa Bangkai Ular

17-9-2022 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2060| Komen: 10

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Gara-gara dipatuk seekor ular tedung selar, seorang wanita digegaskan ke unit kecemasan Hospital Machang, Kelantan pada Selasa.


Lebih malang, ketika dipatuk haiwan berbisa itu, dia baru sahaja terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira dua bulan lalu.

Foto: mStar

Ketika dihubungi mStar, Farah Diana Din, 38, menceritakan semula kisah yang hampir meragut nyawa ketika dia, suami dan anak lelakinya, Muhamad Qhalish Haiqal, yang berusia lima tahun berada di rumah kedai mereka di Kok Lanas, Kelantan.

“Waktu tu sekitar jam 10 pagi. Saya, suami dan anak lelaki sedang tidur di bilik rumah kami.

“Saya tersedar bila tiba-tiba rasa macam ada benda jatuh atas tubuh. Saya dapati ada seekor ular atas badan tengah merayap. Masa tu tak pasti lagi ular jenis apa.

“Saya sangat terkejut bila nampak ular tu jadi saya menggelupur. Ketika itulah ular tersebut patuk bahagian siku sebelah kanan saya,” ujarnya yang senang disapa Farah.



Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia terpaksa menghubungi penyewa kedai bagi mendapatkan bantuan menghantarnya ke unit kecemasan pada jam 11 pagi hari yang sama.

Katanya, suaminya, Mohd Hamdan Jusoh, 49, tidak dapat menghantarnya ke hospital kerana cedera parah akibat kemalangan jalan raya pada 12 Julai 2022.

Setelah tiba di hospital, wanita ini mula mengalami beberapa gejala sekali gus membuatkan dirinya cemas kerana bimbang akan berlaku perkara tak diingini.

“Saya hubungi dan minta penyewa kedai tolong hantarkan ke hospital. Suami masih lagi tak boleh memandu selepas tempurung lutut dia retak akibat kemalangan jalan raya ketika kami sekeluarga pulang dari Kedah ke Kelantan pada Julai.

“Selepas kemalangan tu dua orang anak saya dijaga oleh ibu di Kedah sebab anak sulung berusia 10 tahun patah tulang paha kiri dan anak kedua patah tangan kiri jadi terpaksa masuk besi. Saya pula alami patah dua jari kaki selepas kemalangan tu.

“Tak sangka sepas accident menimpa kami sekeluarga, saya pula kena patuk ular. Nasib baik hanya kami bertiga saja ada di rumah ketika tu. Anak kecil saya tak kena apa-apa.

“Bila sampai saja di hospital, kedua-dua belah mata saya tak dapat celik dah melihat lagi. Percakapan saya pun dah mula berubah sampai jadi sengau. Lidah saya tak dapat digerakkan. Saya nak telan air liur dan buang kahak pun dah tak lepas,” katanya lagi.


Foto: mStar

Menurut Farah, pihak hospital berusaha untuk kenal pasti jenis ular yang mematuknya dengan tepat agar penawar atau ubat yang diberikan bersesuaian dengan bisa haiwan itu.

Bagaimanapun sekitar jam 12.30 tengah hari, suami dan abang iparnya datang ke hospital bersama seekor ular jenis tedung selar atau King Cobra yang telah mati dipukul bersaiz lebih besar dari ukuran batang paip air.

“Pada mulanya saya kurang pasti jenis ular tu tapi doktor nak juga saya sahkan spesis ular yang patuk saya tu untuk mereka berikan antidot.

“Mujurlah suami dan abang ipar jadi penyelamat. Mereka berjaya temui semula ular tu yang masih berada dalam rumah. Mereka berjaya tangkap dan bunuh haiwan berbahaya tu lalu dimasukkan ke dalam karung guni.

“Sebaik saja ular tu ditunjukkan, pihak hospital terus sediakan ubat antivenom untuk disuntik pada saya. Selepas disuntik, keadaan saya makin stabil. Mata dah boleh buka, percakapan kembali normal dan tidak lagi sengau. Lidah pun boleh bergerak dan saya lega dapat telan air liur semula,” ujar Farah lagi.

Ujar Farah, ini merupakan kali pertama dia berdepan insiden dipatuk ular.

Luahnya yang mengusahakan butik pakaian Mama Gojes, ujian dihadapinya cukup berat apatah lagi dia dan keluarga baru sahaja terbabit kemalangan jalan raya.

Namun, Farah tetap kuat menempuhi ujian dan meminta agar lebih ramai yang mendoakan kesembuhannya supaya dia dapat terus mencari rezeki untuk keluarga tersayang. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-9-2022 03:34 PM
Belum ajal. Panjang umur adik ni. GWS.
Quote Skuau 17-9-2022 04:36 PM
maka bertukar la bidalan...sdh jatuh ditimpa tangga'  kpd..sudah kemalangan..dipatuk ular la pulok'.
Quote CiliPadiSedap 17-9-2022 06:29 PM
penting rupanya kena patuk ular hantar ular untuk kenal pasti

kalau siapa suka aktiviti laut , ular laut ni xde anti venom. so hati2lah.
Quote imanjannah 17-9-2022 07:04 PM
eee.. baca pun ngeri.. '(
Quote becir 17-9-2022 07:20 PM
Omg, ular merayap atas badan nitemare nya..harap cepat sihat la Adik ni
Quote intan244 17-9-2022 09:55 PM
semoga cepat semboh dan diberikan pahala atas ujian. tp kantoi kol10 tido lagi.
Quote Nham22 17-9-2022 10:37 PM
Ape kejadah ular masuk dalam rumahh... Mcmane la boleh ular masuk dlm rumah
Quote spankee_fili 17-9-2022 10:41 PM
Uih seriyaunya.. sahih mimpi ngeri ular malam ni, nyesal pulak baca sebelum tido
Quote ashilalat 17-9-2022 10:50 PM
Risaunya baca
Quote Highflyer19 18-9-2022 08:18 AM
Comel anak2…

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051441 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top