Seorang pengguna twitter yang mendakwa dirinya kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikecam netizen, susulan bersikap biadab terhadap anak perempuan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam tweetnya yang kini sudah dipadam, dia menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung masalah kesihatan dihadapi bapanya. Lebih teruk, dia meninggalkan kata-kata kesat dengan menggelarkan anak bekas Perdana Menteri itu sebagai ‘anjing’. Walaupun sudah menyahaktifkan akaun twitternya, netizen sempat mengambil tangkap layar ciapan tersebut dan menularkannya. Ekoran ciapan biadabnya itu, ramai marah dan kecewa dengan anak muda yang berpelajaran tinggi, namun mempunyai akhlak yang sangat rendah.
Sementara itu, pengguna Twitter yang lain hairan kerana berdasarkan pemahaman mereka, seorang pengamal perubatan tidak boleh mendedahkan butiran peribadi pesakit dirawatnya. Selain itu, ramai kesal dengan sikap lelaki terbabit yang didakwa telah merosakkan imej KKM dan berharap mengambil tindakan sewajarnya. Setakat ini, masih belum ada maklum balas daripada kementerian berhubung isu tersebut. Terdahulu, Yana di Instagramnya merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri supaya membenarkan bapa beliau mendapat rawatan yang sewajarnya. Dakwanya, masalah ulser kronik dihidapi Najib kembali menyerang. Yana mengulas laporan media tentang penangguhan prosiding 1Malaysia Development memandangkan Najib mengalami alahan teruk selepas pengambilan ubat tekanan darah tinggi. Difahamkan, tekanan darah Najib sangat tinggi beberapa hari lalu ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat yang diberikan HKL. Sumber: Murai |
akusukaq replied at 17-9-2022 03:31 PM
Yang gigeh sgt nak sokong doktor dna anjing ini pun sama jgk spesis anjing
Perawankota replied at 17-9-2022 09:23 PM
Nak marah, marah la.. Tapi jangan anjing 2 kan org.
sharlenetexas replied at 17-9-2022 09:11 PM
Doktor ke tu? Ke drebar pajero spital?
ADVERTISEMENT