CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Usia 16 Bulan Jadi Hero Selamatkan Dua Pesakit Kanak-kanak

17-9-2022 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 971| Komen: 1

Meski tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan parah di kepala, kanak-kanak berusia 16 bulan menjadi 'hero' apabila dapat membantu dua pesakit kronik menjalani kehidupan seperti biasa.


Ia susulan pemindahan organ buah pinggang dan hatinya kepada dua kanak-kanak terlibat berjaya dilakukan, lapor New India Express.


Foto: Express

Menurut doktor AIIMS, kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital dengan keadaan cedera parah di kepala pada 17 Ogos lalu dan disahkan kematian otak pada 25 Ogos.

Ekoran kecederaan serius dan tidak dapat diselamatkan itu, ibu bapa mangsa membuat keputusan untuk mendermakan organnya kepada kanak-kanak lain.


Perkara itu dimaklumkan Dr Manjunath Pol yang bertindak sebagai doktor bedah bagi pemindahan organ antara kedua-dua pesakit.

"Pembedahan pemindahan organ dilakukan pada hari sama yang mana buah pinggangnya diberikan kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang telah menjalani dialisis.

"Walaupun ia bukanlah perkara baharu dalam kalangan orang dewasa, namun pemindahan organ membabitkan kanak-kanak amat jarang berlaku.

"Tambahan pula ia melibatkan salur darah yang kecil dan halus... perlu penelitian dalam proses pembedahan," katanya.

Malah Dr Manjunath mengakui dia turut berhadapan kesukaran untuk mendapatkan peralatan pembedahan yang kecil dan sesuai dengan saiz pesakit.

Selain itu, antara cabaran lain yang dihadapi adalah mengawal kadar kehilangan darah dalam badan pesakit. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 17-9-2022 07:00 PM
kematian dia secara tak langsung memberikan peluang org lain utk meneruskan hidup

RIP baby hero

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.194988 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top