CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdua-Duaan Dengan Wanita 40 Tahun, Lelaki 73 Tahun Panjat Syiling Nak Elak Ditangkap Khalwat

17-9-2022 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1311| Komen: 6

Kota Bharu: Warga emas lelaki berusia 73 tahun sanggup memanjat siling rumah setinggi lebih satu meter bagi mengelak ditahan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) yang melakukan Ops Banteras untuk mencegah maksiat sempena Hari Malaysia, malam tadi.


Bagaimanapun, tindakan warga emas itu berjaya dihidu apabila dia ditahan pada jam 11.45 malam kerana berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 40-an di sebuah rumah di bandar ini.

Warga emas berkenaan mendakwa ke rumah wanita itu untuk mengutip sewa rumah.k


Foto: Harian Metro

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, ketika diserbu seorang wanita membuka pintu sebelum pasukan membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki warga emas memanjat siling rumah.

Beliau berkata, pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

"Sementara itu, dalam operasi di hotel bajet di bandar ini turut menahan lima lagi individu yang berusia 20-an termasuk dua pasangan yang berada di dalam sebuah bilik, jam 5.10 pagi.

"Dua pasangan yang juga penuntut sebuah kolej mendakwa mereka menginap di hotel itu untuk membuat tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.

"Penguat kuasa agama juga terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum pasangan terbabit membuka pintu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Bil (1) 2019.

Mohd Fadzuli berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dan menasihatkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan maksiat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 17-9-2022 01:37 PM
Tak ensem takpe janji kaya. Agaknya tu tagline warga emas tersebut
Quote AkokKocik 17-9-2022 03:19 PM
Kg aku ada kes camni,warga emas, duda & janda, dtangkap berduaan dlm bilik drumah duda,ingatkn lepas tu kawen tp smpai skrg xde apa2 brita, anak plak smua dh kawen dh beranak pink sndri.
Quote alieyrina 17-9-2022 03:25 PM
Haaa tekaan aku salah. Ingat KULIM dah tadi
Quote jazaa100 17-9-2022 04:15 PM
alieyrina replied at 17-9-2022 03:25 PM
Haaa tekaan aku salah. Ingat KULIM dah tadi

Gilir² dik.....

Kulim- kota bharu - kelemak melaka..


Quote Firenzza 18-9-2022 10:22 AM
TMB sskjp xmo komen ke?
Quote raxief 18-9-2022 10:25 AM

kulim pun ada kes mcm ni - nick ammar

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062610 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top