CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Dah Hampir Ke Garisan Penamat?

17-9-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2556| Komen: 20

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak 32 bulan lepas semakin menghampiri garisan penamat.

Pendirian positif ini dizahirkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media secara maya dari Geneva, Switzerland pada Rabu lepas.


"Angka kematian mingguan akibat Covid-19 adalah paling rendah sejak Mac 2020. Kita belum pernah berada dalam keadaan sebaik ini untuk menamatkan pandemik ini. Meskipun kita belum sampai ke titik akhir namun kita sudah boleh nampak penghujungnya.

"Kita dalam kedudukan untuk menang dan perlu meneruskan larian untuk sampai ke garisan penamat. Jika kita leka, kita berdepan risiko lebih banyak varian, lebih banyak kematian. Usaha keras selama 32 bulan ini perlu diteruskan," kata beliau sambil menambah, pemberian vaksin untuk kumpulan paling berisiko tinggi termasuk pekerja kesihatan perlu diteruskan bagi mencapai tahap 100 peratus.



Gambar Hiasan

Sementara itu, angka kes harian baharu Malaysia terus kekal di bawah 2,500 dengan 2,375 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan kelmarin 15 September termasuk 11 kes import.

Menurut data Covidnow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59 malam 15 September 2022, tujuh negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (683), Kuala Lumpur (458), Sabah (230), Perak (221), Melaka (113), Pulau Pinang (108) dan Sarawak (106).

Kes dua angka dilaporkan di Negeri Sembilan (84), Kelantan (74), Johor (71), Kedah (70), Pahang (69), Putrajaya (47) dan Terengganu (28).

Kes satu angka di Labuan (4) dan Perlis (9).

Setakat ini untuk bulan September, kes terendah dilaporkan pada 11 haribulan sebanyak 1,483 kes dan untuk bulan sebelumnya Ogos, sebanyak 1,946 pada 29 Ogos.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh rangkuman mingguan 10 September hingga 15 September 2022: 10 September (1,971), 11 September (1,483), 12 September (1,847), 13 September (1,942), 14 September (2,431) dan 15 September (2,375).

Kes harian baharu Covid-19 untuk minggu sebelumnya (3 September- 9 September) adalah seperti berikut: 3 September (2,244), 4 September (1,904), 5 September (1,486), 6 September (2,067), 7 September (2,428), 8 September (2,226) dan 9 September (1,990).

Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian Covid-19 yang rendah, seperti berikut: 10 September (1,824), 11 September (1,440), 12 September (1,453), 13 September (3,352), 14 September (2,426) dan 15 September (2,423).

Untuk tempoh rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya tiga kluster baharu iaitu satu pada 10 September iaitu Kluster Sejahtera Kaki Bukit (kumpulan berisiko tinggi) di Kangar, Perlis (8 kes) dan dua kluster tempat kerja pada 13 September iaitu Kluster Persiaran Bukit Kiara 3 di Kepong, Kuala Lumpur (11 kes) dan Kluster Jalan Mahawangsa di Kinta, Perak (8 kes).

Secara keseluruhannya, sebanyak KKM mengesan 7,075 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 15 September sebanyak 20 kluster masih aktif.

Sebanyak 1,466 kes sembuh Covid-19 dilaporkan dan kumulatif kes sembuh kini sebanyak 4,750,198 kes.

Data Covidnow KKM setakat pukul 11:59 malam 15 September 2022 menunjukkan 25,912 kes (95.2 peratus) dikuarantin di rumah daripada 27,205 kes aktif.

Sebanyak 8 kes (0.0 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,232 kes (4.5 peratus) di hospital; 12 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 41 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Dengan sebanyak 4,813,702 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,838,811) dan Austria (4,955,082).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (99,546) diikuti Korea Selatan (71,432) dan Rusia (56,126).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,078,018 kes.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 17-9-2022 06:30 PM
maaf selagi blastoff xberhenti komen selagi tu covid belum tamat.
Quote jazaa100 17-9-2022 06:39 PM
CiliPadiSedap replied at 17-9-2022 06:30 PM
maaf selagi blastoff xberhenti komen selagi tu covid belum tamat.

Adoiii......

Kelakar ya amattt....
Quote jazaa100 17-9-2022 06:40 PM
Edited by jazaa100 at 17-9-2022 06:42 PM

Terus terang....
Aku suka zaman ada covid.....bkn apa, org tak sesenang nk peluk cium, tak sesenang nk dtg terjah rumah....tak sesenang beratur rapat² kat kaunter....tak yah salam² laga ² pipi.....


Tapi yg sedih bila ada berita kematian.....tu buat aku kemurungan.....ank² hilang ibub& ayah etc....

Quote CiliPadiSedap 17-9-2022 08:15 PM
jazaa100 replied at 17-9-2022 06:40 PM
Terus terang....
Aku suka zaman ada covid.....bkn apa, org tak sesenang nk peluk cium, tak sesenang  ...

sama dengan kaka jenis introvert xpandai gaul. idea ada. tp nak luahkan cm ada emas dalam mulut. dah lama kenal, baru peramah. im prefer lone ranger work alone rather than team work politic office.



Quote pikochew 20-9-2022 03:02 PM
risau jugak sebenarnya kalau aq yg bawak risiko dkt mak ayah..tpi centulah nk buat apa..pakai mask pastu balik nnti basuh la terus baju yg pakai tu
Quote sharlenetexas 20-9-2022 03:05 PM
Cinta yang di akhir garisan...

Quote stingerbumpy 20-9-2022 03:06 PM
Your political status pun running end kavajayjay....

Kahkahkahkahkaj
Quote umbut 20-9-2022 04:52 PM
Betullah tu.. Skrg sapa kena covid dah x heran tak cam awal2 dulu siap kena pulau aku satu keluarga dah kena covid tapi syukur tak sampai seminggu dah baik.. Demam mild je.. Pentingnya vaksin betullah kata forumer 2 tahun dulu covid ni akan turn cam demam biasa je akhirnya
Quote jolin901 21-9-2022 03:19 PM
umbut replied at 20-9-2022 04:52 PM
Betullah tu.. Skrg sapa kena covid dah x heran tak cam awal2 dulu siap kena pulau aku satu keluarg ...

musim covid ni kena rajin basuh baju lepas balik kerja terus sumbat dalam mesin. jgn pakai baju sama berulang kali yela kita taktahu ada bacteria atau virus apa yg melekat
Quote Simunggu 22-9-2022 11:28 AM
vaksin banyak membantu...sekarang org kena covid mcm org kena demam biasa shj..

entah lepas covid apa lagi...WW3? new virus?
Quote pikochew 22-9-2022 03:27 PM
Edited by pikochew at 22-9-2022 03:30 PM
jolin901 replied at 21-9-2022 03:19 PM
musim covid ni kena rajin basuh baju lepas balik kerja terus sumbat dalam mesin. jgn pakai baju sa ...
-------------------
Quote pikochew 22-9-2022 03:28 PM
jolin901 replied at 21-9-2022 03:19 PM
musim covid ni kena rajin basuh baju lepas balik kerja terus sumbat dalam mesin. jgn pakai baju sa ...

tapi tula sebelum ni asyik basuh baju takde la setiap hari.. basuh dalam 2-3 hari sekali jugak la..tpi bila dah covid ni rasa mcm membazir je bil letrik dgn air.. jadi ada jugakla buat survey tgk brand mana yg ok kalau nk basuh baju hari2..sebb nk basuh tangan tak larat mat
Quote AbukRokok 22-9-2022 03:28 PM
tamatkan sekali EUA
kata dah tamat
Quote jolin901 24-9-2022 04:10 PM
pikochew replied at 22-9-2022 03:28 PM
tapi tula sebelum ni asyik basuh baju takde la setiap hari.. basuh dalam 2-3 hari sekali jugak la. ...

rasanya kalau washer orang selalu guna samsung or LG camtu kan. i pakai samsung dah 5 tahun ok je basuh daily
Quote bonsari 25-9-2022 07:06 PM
jolin901 replied at 24-9-2022 04:10 PM
rasanya kalau washer orang selalu guna samsung or LG camtu kan. i pakai samsung dah 5 tahun ok je  ...

yup samsung bagus gak. depends jugak pada cara penggunaan kita.
Quote awanearisu 25-9-2022 08:56 PM
Bila berbicara mengenai mesin basuh, biasanya ada sahaja bot Panasonic mencelah
Quote bulalof 26-9-2022 09:44 AM
nampak seperti ramai yg dah peduli tentang covid.

tambahan para politaiks sedang sibuk nenyusun strategi utk hadap pilihan raya umum.
Quote tantan888 27-9-2022 10:30 AM
jolin901 replied at 24-9-2022 04:10 PM
rasanya kalau washer orang selalu guna samsung or LG camtu kan. i pakai samsung dah 5 tahun ok je  ...

i lgi prefer panasonic. bukan nak bias tapi memang product panasonic punya okay setakat ni even yang bukan mesin basuh. kalau mesin basuh diorang yang basic mcm model top load- NA-FD12VR1BT pun boleh jimat air sebb ad econavi
Quote yatty123 27-9-2022 11:18 AM
bonsari replied at 25-9-2022 07:06 PM
yup samsung bagus gak. depends jugak pada cara penggunaan kita.

sis cuba tgk website panasonic https://www.panasonic.com/my/consumer/home-appliances/washer-dryer/front-load-washer.html ada bnyk gila pilihan. mcm sis ckp la depends cara penggunaan, kalau nk yg besar boleh cri yg 14kg ke atas. klau nk jimat masa boleh tgk yg ada fast washing

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050298 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top