CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar Nelayan Jumpa Jerung Laut Dalam, Mata Ganjil Macam Alien

17-9-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1656| Komen: 10

SYDNEY – Seorang nelayan di  Sydney, Australia menangkap seekor seekor jerung daripada spesies jarang ditemui yang mempunyai sepasang mata amat ganjil, lapor akhbar New York Post.


Trapman Bermagui memuat naik gambar hidupan marin itu di laman Facebook selepas menangkapnya dari laut pada kedalaman 560 meter(m).

Dia percaya haiwan tersebut adalah sejenis jerung berkulit kasar dan hidup di  laut dalam.


Foto: Facebook

Penemuan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial, sekali gus menjadikan hantaran tersebut tular.


“Laut dalam adalah dunia lain,” kata seorang pengguna.

Sementara itu, menurut beberapa pakar, haiwan tersebut berkemungkinan adalah jerung ‘dogfish’ berkulit kasar yang turut dikenali sebagai Centroscymnus owstoni.

“Dalam kajian laut dalam saya, kami telah menangkap beberapa ekor jerung seumpama itu di Teluk Mexico dan Bahamas.

“Ia tergolong dalam kumpulan Somniosidae atau jerung tidur iaitu  keluarga yang sama dengan jerung Greenland  tetapi spesies yang nyata  lebih kecil,” kata Pengarah Kajian Bersekutu di Makmal Pantai dan Laut Universiti Florida, Dean Grubbs.

Tambahnya, dia kerap menemui jerung ‘dogfish’ itu pada kedalaman antara 731 m hingga 1,158 m.

Bermagui turut bersetuju bahawa jerung itu boleh ditemui pada kedalaman melebihi 182 m.

“Kebiasaannya kami menangkap jerung ini pada musim sejuk,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-9-2022 11:47 AM
Sharpedo tersenyum sinis

319.png
Quote noor2 17-9-2022 12:25 PM
Muka beliau mmg agak comel pada pamdangan mata akak
Quote airmineral 17-9-2022 02:24 PM
mmg takutttt la tgk
Quote sharlenetexas 17-9-2022 02:25 PM
Ye ke tu?


Quote slyfynx 17-9-2022 02:36 PM
Laut kedalam 500+ meter.
Ko bawak naik.
Mmg le struktur haiwan tu at least akan berubah sikit.
Quote Highflyer19 18-9-2022 08:33 AM
Unik mata dia…
Quote mbhcsf 18-9-2022 08:54 AM
wow , so cool....nenanti kan ade kot drama korea yg buat jerung pula satu ikon yang menarik...
Quote kucingitam 19-9-2022 11:10 AM
seram la pulak..
Quote epullipan 19-9-2022 11:52 AM
ni ngeri ni kalau jadi icon baby shark
Quote sangbara2020 19-9-2022 12:14 PM
besarnya anak mata dia

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.150977 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top