CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 50 Tahun Kahwin Dengan Remaja 14 Tahun

17-9-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1381| Komen: 5

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis perkahwinan antara seorang lelaki berusia 50 tahun dengan remaja perempuan berumur 14 tahun di Lombok, lapor portal berita Wolipop hari ini.


Video yang dimuat naik di laman TikTok itu memaparkan pasangan pengantin tersebut memakai busana mengikut adat suku Sasak.

Majlis perkahwinan itu dikatakan dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara-mara  terdekat.


Foto: Tiktok

Menurut individu yang merakam video tersebut, Sri Utari Dewi, perkahwinan berbeza usia seperti itu adalah sesuatu yang sering berlaku di Lombok.


“Tidak mengejutkan kerana orang di Lombok sudah biasa kahwin awal. Namun, pengantin perempuan berkahwin dengan lelaki jauh lebih tua seperti ini adalah sesuatu yang agak mengejutkan,” katanya.



Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Kelihatan seperti bapa dan anak,” kata seorang netizen.

“Mungkin jodoh saya belum lahir,” komen seorang lagi pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 17-9-2022 01:44 PM
Pedo nie
Ape komen forumer Indonesian tu
Quote besi_kelabu 17-9-2022 02:34 PM
tak kena cop pedo ke ni..
Quote Antifake 17-9-2022 02:44 PM
Pedo lah ni. Erti kata lain kononnya secara halal
Quote dudaberhias 17-9-2022 02:55 PM
mengikut adat resam yindu majapahit agitttuhhh kan...
dah tinggal kuil roboh2 dengan berhala takde kepala pun masih gigih jejan di sana mengamalkannya agittuhh...
Quote rospinki 17-9-2022 03:13 PM
Muka jantan tu mcm singa lapa tunggu nak menerkam mangsa

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.029040 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top