CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 10 Bulan Mati Lemas Ibu Saudara Leka Bersolek

17-9-2022 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 739| Komen: 1

Terlalu leka bersolek, seorang wanita didakwa membunuh anak saudaranya selepas bayi terbabit didapati lemas di bilik air.

Kayleigh Kerr didakwa dengan kesalahan membunuh Logan Cruickshanks di sebuah rumah di Easterhouse, Glasgow pada Ogos 2018, lapor Mirror.co.uk.


Logan Cruickshanks - Foto: UGC

Pendakwa raya mendakwa Kayleigh melulu meletakkan kanak-kanak berusia 10 bulan itu di tempat duduk mandi bayi sebelum menambah 'jumlah berlebihan' air yang melanggar panduan keselamatan.

Suspek berusia 25 tahun itu juga didakwa berulang kali meninggalkan Logan tanpa pengawasan dan kawalan.


Mahkamah Tinggi di Glasgow mendengar bahawa Logan lemas di dalam bilik air.

Kayleigh menghadapi pertuduhan alternatif di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana dengan sengaja mengabaikan Logan pada hari kejadian.

Ibu Kayleigh, Agnes Kerr, 49, memberitahu juri dalam keterangannya bahawa mereka tinggal bersama Logan.

Agnes menyatakan dia sedang tidur pada pagi kematiannya apabila Kayleigh tiba-tiba menjerit sehingga membangunkannya.

Katanya, dia tidak mengetahui punca jeritan pada awalnya dan hanya menyedari selepas teringat kata-kata Kayleigh yang meninggalkan Logan di dalam bilik air selama dua saat. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 17-9-2022 02:17 PM
Makcik yg mandikan baby..mak n baby tinggal sekali dengan makcik bkn makcik yg tinggal sekali ngn mak n baby..kenapa byk beban kat makcik?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081127 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top