CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Trak Bingung, Terkandas Di Jalan Sempit Tanah Perkuburan Selepas Tumpangkan Dua Wanita Cantik

17-9-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1314| Komen: 6

JAKARTA – Seorang pemandu trak berada dalam keadaan bingung apabila menyedari kenderaan dipandunya terkandas di jalan sempit di sebuah kawasan perkuburan selepas menumpangkan dua wanita cantik, lapor laman berita Detik.


Kejadian aneh tersebut dilaporkan berlaku di bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah.

Menurut Polis Awam Desa Pringsari, Muhammad Imam Fahruddin, pemandu trak berkenaan sempat menjerit meminta tolong sebelum diselamatkan penduduk setempat.


Foto: Detikjateng

“Sebaik sahaja menyedari bahawa dia sebenarnya berada di kawasan perkuburan, pemandu tersebut menjerit meminta tolong,” katanya.


Penduduk yang mendengar jeritan lelaki berkenaan tiba ke lokasi untuk membantunya sebelum trak itu berjaya dikeluarkan dari jalan sempit sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Trak itu masuk ke kawasan perkampungan tersebut kira-kira pukul 7 pagi (waktu tempatan) dan berjaya dikeluarkan sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Ketika saya mengambil keterangan, pemandu tersebut didapati tidak berada dalam pengaruh alkohol, sebaliknya ketakutan,” kata Muhammad Imam.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Sutiyo berkata, ketika kejadian, dia menyedari trak dipandu lelaki berkenaan sempat melanggar  bahagian bumbung rumah seorang penduduk.

“Dia memandu dengan amat laju sehingga melanggar bumbung rumah penduduk sebelum memberhentikan kenderaannya di kawasan perkuburan yang mempunyai jalan sempit.

“Apabila disoal, dia mengaku baru lepas menghantar dua wanita cantik dari persimpangan lampu merah di Karangjati,” kata Sutiyo.

Tambahnya, kejadian tersebut bukan kali pertama seumpamanya yang berlaku di kawasan perkuburan itu. 

Sebelum ini, penunggang teksi motosikal, penghantar barangan dan penjual susu juga pernah mengalami kejadian serupa beberapa kali. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 17-9-2022 11:38 AM
Errr..... mistik.
Quote dani-rox 17-9-2022 06:57 PM
urban legend sangat
Quote Belibis 17-9-2022 07:24 PM
Kalau sapa percaya content indon..layak la kena kincin dengan priska..
Quote yellowsky 17-9-2022 07:31 PM
forum cari indonesia tersesat kat sini
Quote CiliPadiSedap 17-9-2022 07:46 PM
Belibis replied at 17-9-2022 07:24 PM
Kalau sapa percaya content indon..layak la kena kincin dengan priska..



friska dah pandai kumpul duit , untunglah jadi bibik
Quote intan244 17-9-2022 09:32 PM
seramm. mintak simpang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.071457 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top