CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Baru Upah Pengasuh Jumpa Di Facebook- Anak Usia Setahun Didera, Badan Habis Luka!

17-9-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1470| Komen: 10

Serik dan trauma!

Itulah yang dirasai oleh seorang ibu muda selepas anak kecilnya yang berusia setahun menjadi mangsa dera pengasuh sehingga mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.


Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut baru menghantar anaknya selama tiga hari sebelum membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan khidmat pengasuh berkenaan selepas mengesan kesan lebam dan luka pada badan bayi malang tersebut.



Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali dengan nama Tyra Adnan berkata, dia terpaksa menghantar anaknya untuk dijaga pengasuh memandangkan baru mendapat tawaran pekerjaan.


"Saya sebelum ini merupakan suri rumah dan menjaga sendiri anak yang kini berusia setahun. Baru-baru ini saya dapat kerja sebagai pembantu tadbir.

"Selepas berbincang dengan suami, kami ambil keputusan untuk hantar anak kepada pengasuh. Waktu kerja saya juga pendek iaitu 8 pagi sehingga 1.30 petang saja.

"Selepas mencari-cari dari Facebook, ada beberapa orang yang tawarkan khidmat mengasuh. Tapi wanita tersebut adalah yang terawal beri respons.

"Saya pun sempat berkenalan dan pergi ke rumahnya dulu sebelum hantar anak. Saya tengok orangnya baik, anak kecilnya pun siap kongsi mainan. Dia pun hanya mengasuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun saja, tak ramai. Jadi saya pun proceed," ujar ibu muda berusia 23 tahun ini.



Tyra berkata pada hari pertama menghantar anak kecilnya kepada pengasuh yang berusia sekitar 30-an pada Isnin lalu, semuanya dalam keadaan yang baik malah wanita berkenaan sempat menghantar video bayinya yang sedang bermain dan ceria.

"Namun selepas ambil anak pada hari kedua, saya ada perasan lebam dekat pipinya namun tidak bertanya lanjut kepada pengasuh.

Foto: mStar

"Hari ketiga, suami yang ambil anak. Suami beritahu ada macam luka dan kesan merah dekat telinga. Selepas balik rumah, saya tengok kedua-dua telinga anak macam luka dan ada kesan lebam dekat lengan.

"Saya terus WhatsApp pengasuh tu dan tanya apa yang berlaku? Dia kata lupa nak beritahu, anak saya terjatuh ketika main dengan anaknya dan terkena bucu meja," ujar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

Berasa tidak sedap hati dan bimbang perkara yang lebih buruk terjadi, Tyra dan suaminya mengambil keputusan untuk tidak lagi menghantar anak kecil mereka untuk dijaga pengasuh berkenaan.

"Hari ketiga itu juga saya beritahu dia dah tak nak hantar anak dan ambil barang-barang di rumahnya. Dia beri barang dan terus masuk rumah... tiada langsung perkataan maaf atau penjelasan.


Foto: mStar

"Itu saya cukup terkilan. Saya dan suami bawa anak buat pemeriksaan di hospital dan doktor sahkan memang ia kesan dera, bukan terjatuh. Selepas itu kami buat laporan polis kerana tak mahu anak orang lain pula jadi mangsa.

"Kalau ikutkan, dia boleh direman tapi saya masih ada rasa simpati dan minta polis hanya menasihati wanita berkenaan. Saya bertimbang rasa memikirkan dia ada anak kecil juga.

"Pengasuh tersebut juga minta saya bayar upah RM150. Bagi saya jumlah itu tak logik. Pihak polis kata sepatutnya tak perlu bayar tapi saya bayar juga walaupun dalam jumlah yang bukan seperti diminta," ujarnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Buat masa ini, Tyra berkata dia terpaksa mengambil cuti buat sementara waktu bagi menjaga anak kecilnya.


Foto: mStar

"Saya jadi trauma... macam tak percaya dah nak hantar anak kepada pengasuh. Saya bersyukur majikan memahami situasi ketika ini," katanya.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 748,000 jumlah tontonan, Tyra berkata perkongsiannya bertujuan untuk dijadikan pengajaran bersama oleh ibu bapa lain.

"Saya rasa ramai ibu bekerja di luar sana dalam dilema kerana terpaksa hantar anak kepada pengasuh atas tuntutan kerja.

"Namun selepas kena sendiri, saya nasihatkan supaya ibu bapa lebih berwaspada... kalau boleh carilah pengasuh yang kita kenal, siasat dulu jangan terus hantar anak.

"Bagi mereka yang nak bergelar pengasuh, kalau anda tak boleh kawal stres, tak perlulah jadi pengasuh. Jadi pengasuh ni perlukan kesabaran yang tinggi," katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rdizz 17-9-2022 11:25 AM
Yg mudah pecaya pengasuh dr facebook, salah sendiri jugak. Ada org memang suka tawar diri jadi pengasuh, bila ada kes dera, tukar nama lain, berkali2 mcm tu. 1st few days hntar rmh pengasuh, kena observe dan tinjau2. Mana tau pengaruh jenis tak jujur. Sebab tu kita kena ada awareness yg tinggi hal persekitaran dan isu semasa. Zaman ni ramai org pelik dan jahat2, jgn mudah pecaya.
Quote nurshima 17-9-2022 11:55 AM
Since anak puan ni baru first time ditinggalkan dgn pengasuh, rasanya dia menangis dan oengasuh stress.

Sebaiknya hantar nursery je,  walaupun tiada jaminan tiada dera tp di nursery tp di nursery biasanya ramai guru pengasuh,  tak kan semua nak jadi pendera, yg biasa terjadi adalah careless,  tp masih rendah risiko berbanding penjagaan di rumah pengasuh.
Quote nurshima 17-9-2022 12:03 PM
Ada anak kawan umur baru setahun setengah,  kena tibai dgn hanger, lekat 3 baris di belakang,  gila sungguh budak kecik baru pandai berjalan dah kena mcm tu.  

Pengasuh tu bila cakap lemah lembut ke,  mcm tak percaya dia buat,  tp mmg kemudiannya dia ngaku mmg dia buat sbb stress laki dia tak kerja,  budak asyik nangis.

Nak cari pengasuh tengok juga apa pekerjaan suaminya tu,  trigger signs - suami tak kerja,  suami tak kerja tetap,  penagih dadah.
Quote Suchi 17-9-2022 12:04 PM
Dia keje kejap je sampai 1.30pm pun anak dia sempat kena dera cemana la yg tinggal anak dr pagi sampai mlm terutama misi yg buat double shift bagai tu.
Dapat pengasuh baik alhamdulillah, kawan sekolah ada keje mengasuh anak org ni. Ada sekali tu lama dia tak kuar umah sbb ngasuh sampai kul 12am rasanya masa musim pkp tu kot. Mak budak tu keje buat double ni la dr pg smp malam maybe anak misi ke apa tak pasti la.
Tabah tul jaga anak org sehari suntuk sampai malam mesti bayaran pun mahal.
Quote vespa_oren 17-9-2022 01:12 PM
kawan aku tumpangkan anak dia 2hari, dari pukul 6pagi sampai 6petang lebih, tapi anak dia dh setahun lebih lah beza sebulan dua dgn anak aku, jadi herolah anak aku sbb kawan tu x melawan, nasib xada tanda2, tapi tgk mcm happy jer duduk xcari mak dia, dia pun senang jaga cuma terganggu urusan personal lah
Quote LautBiru52 17-9-2022 01:37 PM
baiknya la mak budak ni. suruh polis nasihat je jgn tangkap. alih2 pengasuh mintak duit dibaginya jugak walau tak banyak. ni la dia. kadang pengasuh baik dapat parents yang banyak songeh. bila dapat parents baik pengasuh pulak dera anak
Quote Adrif 17-9-2022 02:01 PM
nurshima replied at 17-9-2022 12:03 PM
Ada anak kawan umur baru setahun setengah,  kena tibai dgn hanger, lekat 3 baris di belakang,  gila  ...

gile ape setahun setengah kena libas. budak umo tu boleh kira behave lagi la, tak banyak songehni memang kes dera sengaja ni. tangkap bagi masuk dalam. mental punya orang

Quote airmineral 17-9-2022 02:31 PM
utk org yg merantau mcm aku ni, mmg kena cari online
seeloknya cari taska berdaftar under jkm
melainkan mmg hantar kpd org yg kenal dan dipercayai

tp, org yg jaga anak org ni tolong la buat keje elok²
jgnlah setakat nk duit je, tp xde jiwa nak sayang budak
Quote Highflyer19 18-9-2022 08:35 AM
Apa2pun kna selidik b/g pengasuh dulu…trust no one
Quote margo20 18-9-2022 09:08 AM
Mak nya pun kje half day je kalau kt kl ni banyak je choice cm aku hantar anak playschool half day je baru 350

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.040177 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top