CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggal Ibu Lepas Mati Bapa, Budak 8 Tahun Cuba Lari Ikut Tingkap Di Tingkat 4 Tak Tahan Didera Ibu Saudara

17-9-2022 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4238| Komen: 49

Polis memberkas pasangan suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes dera dan kurung seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13, semalam.


Suspek wanita yang tidak bekerja berusia 33 tahun dan suaminya berusia 29 tahun bekerja sebagai pemandu e-hailing ditahan pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek wanita merupakan adik kandung kepada ibu mangsa dan tidak memiliki rekod lampau, manakala suaminya mempunyai satu rekod jenayah lampau.


FB

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek didapati negatif sebarang jenis dadah,” ujarnya semalam.


Menurutnya, pihak polis turut mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang merupakan adik kepada mangsa mempunyai kesan kecederaan lebam pada bahagian kaki, tangan dan belakang badan dipercayai akibat didera.

“Kedua beradik itu telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah dimaklumkan untuk urusan penjagaan,” ujarnya.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati mangsa telah tinggal dengan suspek sejak dua tahun selepas bapa kandungnya meninggal dunia, manakala ibu kandungnya tidak mahu menjaga kedua beradik tersebut.

Katanya, kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok untuk permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Terdahulu, seorang kanak-kanak yang tidak tahan dikurung dan disyaki mangsa dera bertindak melarikan diri melalui tingkap berjaya diselamatkan di Kondominium Bella Vista, Jalan Cahaya 13, semalam.

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu cuba keluar dari rumah berkenaan melalui tingkap dan dia dilihat berdiri di atas penghadang tingkap di tingkat empat oleh penduduk kondominium itu. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_Sally 17-9-2022 10:15 AM
Cari dan dakwa sekali mak kandung bodoh tu.
Quote tikusmontok 17-9-2022 10:25 AM
Allahu...terasa pedihnya ... 3 ekor termasuk mak dia elok dihumban dalam kolam buaya
Quote JunkMail 17-9-2022 10:28 AM
Sekeluarga bodoh ke apa? Mak main lepas tangan. Kalau mak jaga, confirm waris bapaknya takkan amik tau. Semua pun bodoh.
Quote ezacbee 17-9-2022 10:28 AM
Tau beranak xtau jaga anak.. Mak bingai lepas tangan je kat adik suruh jaga. Adik lak kaki dera.




Quote msel 17-9-2022 10:30 AM
Sedih dan sakit hati. Kesiannya adik. Mesti ramai lagi kanak2 kena dera kat luar sana.
Quote zehra2 17-9-2022 10:38 AM
mak sedara bela sbb dpt harta bapak budak tu ke.
mak kandung tak nak bela sbb takde sapa nk bg nafkah?
Quote fealefea 17-9-2022 10:51 AM
Makk, napa kau kejam. Sedihnya ade mak camtu. Semoga rahim kau x lahirkan org lagi kalau camni.
Quote Rdizz 17-9-2022 10:57 AM
Mak jenis apa boleh biar ank sendiri org jaga. Hati kering dan tak bertanggung jwp. Org luar yg tgk pun kesian pd bdk2 tu, ini ibu sendiri? Kalau ada masalah kewangan sekalipun, ikhtiar dulu, mintak bantuan zakat dan lain2 bdn. Org tlg jaga pun tak boleh lepas tgn, kena ambik tau. Keluarga ni memang jenis manusia pelik kot, mak saudara pun masalah.

Risau.. kesan drp manusia2 bermasalah melahirkan jenerasi masalah.
Quote makiting 17-9-2022 10:59 AM
Mana family belah arwah bapak budak2 ni? Kalau islam, Ikut hukum bila bapak meninggal.. hak tanggungjawab wajib pd family belah bapak… ni semua nak lepas tangan aje la ni…

Kesian anak2 ni.. sakit nya kena pukul
Berani la dgn budak2 yg takde kudrat utk melawan korang nak suka suki bantai eh…dayuss sungguh
Geram pulak ati
Quote Samerosie 17-9-2022 11:01 AM
Budak2 ni tak pergi sekolah ke.  Dgn birat mcm tu takan cikgu tak perasan.  Aduh nasib kau nak mcm tu bila besar nanti jgn buat anak2 kau lak camtu ye nak buat je balik kat mak dgn makcik kau yg tak guna tu.  Campak org tua tu tepi jalan.
Quote airmineral 17-9-2022 11:07 AM
kesiannye dikkk
moga ada keadilan dan dipermudahkan hidup adik beradik ni dan jadi org baik yg berjaya nnt

mak kandung dgn penjaga moga dpt balasan setimpal
Quote Suchi 17-9-2022 11:13 AM
Edited by Suchi at 17-9-2022 11:16 AM

Pastinya ramai lagi anak2 yg tgh kena dera skrg ni, semoga dapat diselamatkan juga.
Kadang2 bila iols tgh baring2 atas katil nak layan netflix ke apa selalu terpikir di saat aku sedap baring2 selesa gini mesti ada yg tgh kesakitan sorang2 kena kurung dlm bilik air ke apa.
Teringat adik Bella la yg kena kurung dlm toilet sambil menahan sakit luka melecur. Tiber rasa bersalah sbb tak dapat bantu dia.
Cer korang g mana kawasan padat mcm flat yg byk2 tu mesti dlm satu blok tu ada rumah yg menyimpan kisah 1001 duka penghuninya.

Dulu kat taman iols tinggal ni pun ada satu kes budak ni duk ngn ayah dia yg sakit jantung, dia asik tak dtg sekolah berhari2. Mujur cikgu2 tergerak hati nak cari kat umah. Terkejut bila sampai tgk keadaan umah dia dasat giler. Bersepah tu satu hal la sbb ayah dia tak larat nak bangun nk wat keje apa, dia plak budak lagi. Dorang mkn je apa yg ada. Kat sinki piyuk nasi yg ntah berapa lama pun ada tak terbasuh.
Taktau apa cite budak tu skrg ni, mak dia dah ninggal or dah cerai iols pun lupa dah.
Semoga kita jadi jiran2 yg amik tahu org2 sekitar kita, kalau dengar budak nangis lebih drpd 5 minit dan byk kali lak tu hari2 ada dengar nangis jgnla bersangka baik lagi.
Quote Suchi 17-9-2022 11:22 AM
Rdizz replied at 17-9-2022 10:57 AM
Mak jenis apa boleh biar ank sendiri org jaga. Hati kering dan tak bertanggung jwp. Org luar yg tgk  ...

Ingat tak kes kat nismilan, yg mak pak dia dh cerai pastu anak2 dia termasuk yg kecik duk ngn ayah dia. Pastu ayah tu ninggal sbb sakit apa tah. Mak budak tu mmg taknak bela anak2 dia taktau kenapa. Mak budak tu pun duk kat perak ke mana tah.
Anak2 dia semua famili belah ex laki dia bela tp terpaksa pisahkan mcm 2 org duk ngn mak sedara ni, pastu yg lelain pun duk sedara lain sbb waris tak mampu nak bela semua sekaligus. Ramai anak dia dlm 5-6 org kot iols lupa dah.
Iols sampai skrg ni tertanya2 knp mak kandung dia tanak bela? Dia sakit ke? Iols cuba sangka baik maybe mental dia tak stabil kot.
Quote noor2 17-9-2022 11:22 AM
Ya Allah ....
Quote alesandra 17-9-2022 11:27 AM
ya tuhan ...kena tekap iron  ke tu
Quote besi_kelabu 17-9-2022 11:34 AM
Bantai balik penjaga dia sampai berbirat mcm ni...biar dia rasa pulak sakit ke tak..
Quote monreyes 17-9-2022 11:42 AM
sampai hati...baek kau htr je ke rumah anak yatim
Quote becir 17-9-2022 12:05 PM
Suchi replied at 17-9-2022 11:13 AM
Pastinya ramai lagi anak2 yg tgh kena dera skrg ni, semoga dapat diselamatkan juga.
Kadang2 bila iol ...

Kadang2 family kaya pun ada je mak bapak jenis tau beranak je then lepas tangan..cam kawan I la ceta Adik dia sendiri tak reti nak Bela anak..kalau weekend boleh dibiar anak2 dia buat hal sendiri dia laki bini berkurung dlm bilik main phone..anak kecik2 tak dibagi makan sampai ke petang..then sudahnya diaorg carik kawan I mengadu lapar. That time anak paling besar pun baru 9 tahun.
Quote Suchi 17-9-2022 12:10 PM
becir replied at 17-9-2022 12:05 PM
Kadang2 family kaya pun ada je mak bapak jenis tau beranak je then lepas tangan..cam kawan I la ce ...

Pastu dia laki bini mkn apa plak? Zaman skrg ni semua org ngadap tepon tp takkan sampai la tak bg makan anak2?
Alang2 dh ngadap tepon tu order jela makanan kalu takmo masak ke apa.
Dia keje ke? Biasanya wiken bukan ke mak pak akan bawak anak2 mkn kat luar ke apa.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055459 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top