CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'PM Bersara Yang Tak Kacau Hal Orang Lain' - Ramai Sebak Tengok Pak Lah Jalani Terapi

16-9-2022 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3089| Komen: 25

Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dikhabarkan menghidap demensia sehingga tidak lagi mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.


Perkara itu didedahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.


Foto: FB Fedtri/Utusan

Tular sebuah video memaparkan keadaan terkini Tun Abdullah bin Ahmad Badawi atau Pak Lah yang dimuat naik personaliti TV, Ahmad Fadtri Yahya di Facebook, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 yang tersenyum mesra berjalan di kawasan taman sambil dipimpin oleh isterinya, Jeanne Abdullah.



Loading FB Post...

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa sebak melihat keadaan terkini Pak Lah yang masih boleh tersenyum walaupun diuji dengan kesakitan.

Berikutan itu, ramai yang mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan seperti sedia kala.



Sumber: BeautifulNara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 16-9-2022 05:54 PM
Mr Nice Guy...moga cepat pulih Pak Lah
Quote mbhcsf 16-9-2022 06:07 PM
Edited by mbhcsf at 16-9-2022 06:40 PM

semoga dikurniakan jannah tanpa hisab atas kesabaran menanggung segala implikasi Al zheimer. scarry sebab sampai satu tika , manusia tu hanya pegang objek seperti pen ke garpu tanpa tahu itu ape dah let alone the functions.
It is dalam sains perubatan debilitating illness yg ditakuti cuma cara kitaorg Islam menanggapi penyakit lupa atau penyakit menta ni , seperti ini macam ni , mereka insan istimewa sama juga dengan pesakit  yg ada penyakit mental - semasa depa diserang penyakit tu macam acute psychosis  etc di mana atas keistimewaan  ujian ni , insan insan ni selagi depa diambil kewarsan tu ketika sakit atau acute psychosis tu berlaku, tak sedar , tak ada insight , tak aware situasi dan depa sapa,  tu depa tak dianggap bertanggungjawab pun nak tunaikan solat atau fard yg lain pun,  sebab dalam keadaan mental yg unstable, hilang kesedaran diri...so insan istimewa diberi kelonggaran sebegini taw...sebab tu syarat ibadah tu mesti yg berakal ( so bila depa dah okay balik kene lah buat ibadah balik ) ..., i mean kalau anggap macam ni sejuk hati juga. u think they are bad but they are special actually , satu rahmat dalam ujian.

Some people may laugh at those people yg macam perangai spychosis tu macam lawak tapi kene ingat dugaan depa berat dan istimew mereka , mereka ta pun difardhukan buat amalan yg mesti dolakukan ketika mumaiyiz.
Quote mojarean_X 16-9-2022 06:22 PM
Semoga dipermudahkan semua yg menjaga dementia & alzheimer. Berat beban yg ditanggung mereka. Kalo ada kalangan adik beradik yg menjaga ibu bapa berpenyakit sedemikian, bantulah mereka juga dan jgn berpeluk tubuh biarkan mereka yg menanggung berseorangan
Quote matjerk 16-9-2022 07:13 PM
mbhcsf:  Edited by mbhcsf at 16-9-2022 ...

Benar belaka.
Quote liyamariska 16-9-2022 07:24 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan utk Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, isterinya dn keluarga...
Quote Orix 16-9-2022 08:29 PM
Habistu kalau dh tahu ada perkara mungkar nk didiamkan sj ke ? Tak sudah2 nk perli atok. Kalau bukan sbb atok menyibuk hal negara smpai skrg lah penyamun penyangak dlm ameno tu berkuasa
Quote CiliPadiSedap 16-9-2022 08:41 PM
daripada budak kita kembali kepada budak. layan orang tua yang kurang sihat kena layan cm budak perhatian penuh kasih sayang dan sabar tinggi.

kita pun akan tua satu hari nanti.
Quote schabella 16-9-2022 08:50 PM
Semoga dikurniakan kesembuhan utk Tun Abdullah a.k.a paklah
Quote xy_daen 16-9-2022 08:52 PM
Korang lupa la tu PM yang ni naikkan harga petrol RM2.70 seliter tahun 2008.
Selamba dia naikkan 70sen seliter tak pikir pasal rakyat
Quote cmf_jeangrey 16-9-2022 08:53 PM
Sakit itu penghapus dosa...mungkin di alam sana nanti diringankan azabnya..cuma kita simpati melihat keadaannya dan kita ambil sebagai peringatan
Quote teen_angelJB 16-9-2022 08:55 PM
Teringat arwah abah bile tgk paklah cmni....cryingggggg
Quote scorpionkiki 16-9-2022 08:58 PM
Manager tak semestinya leader...born leader lagi lah susah nak dapat. Yg paham tu pahamlah...
Quote scorpionkiki 16-9-2022 09:00 PM
Orix replied at 16-9-2022 08:29 PM
Habistu kalau dh tahu ada perkara mungkar nk didiamkan sj ke ? Tak sudah2 nk perli atok. Kalau bukan ...

Orang yg benar2 cinta saja yg ambik peduli pada bekas kekasih tercinta...betul tak?
Quote Orix 16-9-2022 09:37 PM
scorpionkiki replied at 16-9-2022 09:00 PM
Orang yg benar2 cinta saja yg ambik peduli pada bekas kekasih tercinta...betul tak?

Tepat sekali. Itupun ummah benak menilai
Quote Nenasketum 16-9-2022 09:49 PM
Edited by Nenasketum at 16-9-2022 09:50 PM

Dia pun nak gak. Dah lupa ke semua pada boys on the 4th floor masa sleepy Hollow ni jadi Pee Em? Suma projek gomen depa tu tapis, amik semua, pulang balik tinggal tulang. Projek2 pegi pada anak laki dia Scomi pun lupa gak ke? Aritu keluar jap depa kata, depa kata lah sebab projek gak tapi anak si pompuan. Melayu ni memang suka alzheimers. Di puja puji si KJ yang tamak haloba. Sekarang tunjuk baik sebab hasrat hati nak jadi pee Em.
Quote jalfa 16-9-2022 10:20 PM
xy_daen replied at 16-9-2022 08:52 PM
Korang lupa la tu PM yang ni naikkan harga petrol RM2.70 seliter tahun 2008.
Selamba dia naikkan 70 ...

Nasihat budak tingkat 4..lepas naik 2.70 masa nak renew roadtax dia bagi plak rebate duit 600 kot ingat ingat lupa.
Quote scorpionkiki 16-9-2022 10:54 PM
Nenasketum replied at 16-9-2022 09:49 PM
Dia pun nak gak. Dah lupa ke semua pada boys on the 4th floor masa sleepy Hollow ni jadi Pee Em? Sum ...

Pak tak.jd pm teruih scomi ke laut. Anak atuk lain pulak...bapak tak jd PM baru kaya..
Quote kakikuDibibirmu 16-9-2022 11:02 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 16-9-2022 11:03 PM
jalfa replied at 16-9-2022 10:20 PM
Nasihat budak tingkat 4..lepas naik 2.70 masa nak renew roadtax dia bagi plak rebate duit 600 kot  ...


atokcow ijau mumia fosil ron97tahun cakap umpama pindahkan duit dari poket kiri masuk poket kanan, dah dapat untung naikkan harga minyak melampau-lampau pergi bagi balik 600 hengget sebagai rebate, bowdow piang
Quote LadyCarefree 17-9-2022 01:43 AM
xy_daen: Korang lupa la tu PM yang ni n ...


Elok molek semua lupa kes2 dia. Just sbb dia uzur dan nyanyuk.

Btw, anak dia antara terkaya diMsia. Hebat!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.097300 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top