CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tak Mengaku Raba Gadis Bawah Umur Di Plaza Sungai Udang

16-9-2022 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1035| Komen: 3

Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis bawah umur dalam kejadian berlaku minggu lalu.


Tertuduh, Low Jen Fung, 18, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.




Berdasarkan pertuduhan, Jen Fung didakwa meraba mangsa berusia 16 tahun 11 bulan bagi maksud seksual di sebuah premis di Plaza Sungai Udang pada 8 September lalu dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 3.04 pagi.

Dia yang berasal dari Alor Gajah didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh diwakili peguam Cassian Anthony.

Pendakwan mencadangkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh tidak perlu dikurangkan disebabkan pertuduhan dihadapi adalah serius boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Peguam bela yang mewakili tertuduh merayu agar wang jaminan dapat dikurangkan dengan alasan tertuduh masih muda dan tinggal bersama ibu bapanya serta baru dua minggu bekerja sebagai jurujual telefon bimbit.

Mohd. Sabri membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan dia atau keluarganya tidak boleh mengganggu atau menghubungi mangsa serta keluarga gadis itu atau jaminan
dibatalkan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 12 Oktober depan untuk sebutan semula kes tersebut serta mendapatkan laporan kimia dan perubatan mangsa. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 16-9-2022 05:21 PM
3.04 pagi ko buat apa dik?
merayau pagi2 cari jantan ker camno tu dik?
Quote CiliPadiSedap 16-9-2022 07:00 PM
first time nama cina keluar kt akhbar . kaka xtahu nak terkejut or terkujat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.028828 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top