CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Beradik Dijerut Dengan Selendang, Digantung Pada Pokok Lepas Dirogol

16-9-2022 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2241| Komen: 8

Enam individu dipercayai terbabit kes rogol dan bunuh dua remaja perempuan ditahan polis di utara India.

AWANI memetik media tempatan melaporkan, mayat adik-beradik masing-masing berusia 15 dan 17 tahun, ditemui tergantung pada sebatang pokok di daerah Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh.



Kawasan di mana mayat dua remaja perempuan ditemui tergantung di sebatang pokok selepas dipercayai dirogol sekumpulan lelaki. - Foto AP

Jurucakap polis, Sanjeev Suman mendakwa empat daripada tertuduh mengumpan mangsa ke sebuah padang dan merogol mereka.

Lebih sadis, kedua-dua mangsa dijerut dengan selendang dan digantung pada sebatang pokok selepas dirogol.


Sementara itu, keluarga mangsa memaklumkn kepada polis bahawa dua beradik itu diculik lelaki bermotosikal sebelum dirogol dan dibunuh.

Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak berkata, pihaknya memandang serius kejadian seperti itu dan akan memastikan keluarga mangsa mendapat keadilan sementara suspek akan dikenakan tindakan paling tegas mengikut laras undang-undang. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-9-2022 12:50 PM
Siannya.......x de ke wanita yg melawan blk di sana.
Quote fealefea 16-9-2022 08:27 PM
Presiden India bukan wanita ke. Do something la wei. Kaum kau da lama tertindas ni. Objek semata jek
Quote che-cikL 16-9-2022 08:28 PM
berita caprut.jpg
Quote azurro 17-9-2022 04:59 AM
Tak dinafikan negara lain pn ada kes mcm ni,
tapi India ni lain mcm skit, memang negara rkyat gila seks.
Quote nononcrux 17-9-2022 10:46 AM

sorry to said.. kes2 rogol mcm ni jgn la kata berita caprut. bukan kat india saje mana2 negara bende ni mesti terjadi padi kita ni manusia yang takde daya predict utk masa depan kita beringat jelah. kalau takde ank/ belum kawen/ ade adik kakak mak nenek.. tu semua perempuan. Jenayah kat mana2 je
Quote nononcrux 17-9-2022 10:48 AM
fealefea replied at 16-9-2022 08:27 PM
Presiden India bukan wanita ke. Do something la wei. Kaum kau da lama tertindas ni. Objek semata jek

negara yang masih mengamalkan budaya kasta ni.. aku selalu lyn crime patrol ternyata negara dia masih lagi mundur dah masuk era 2020
Quote Highflyer19 17-9-2022 10:48 AM
Patut sula semua tu dan gntung kt pokok jugak…

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.033325 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top