CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MIC Kibar Bendera Separuh Tiang Sebagai Penghormatan Pemergian Samy Vellu

16-9-2022 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1118| Komen: 8

Bendera parti MIC akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati pemergian bekas Presidennya mendiang Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia semalam.

Menurut jurucakap parti itu, jasad mendiang juga akan dibawa untuk ‘singgah’ seketika di Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke krematorium Jalan Kuari, Cheras petang ini.


AWANI

Mendiang merupakan presiden paling lama yang berkhidmat dengan MIC, kira-kira 32 tahun.

Samy Vellu, juga antara menteri Kabinet paling lama berkhidmat iaitu selama 25 tahun dan mula mengganggotai barisan jemaah Kabinet pada tahun 1978 sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Arkitek bertauliah itu kemudian dilantik sebagai Menteri Kerja Raya yang dipegangnya paling lama iaitu dari tahun 1979 sehingga 1989, dan kembali ke kementerian itu pada 1995 hingga 2008.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-9-2022 04:48 PM
Tanam kek mane atuk samy ni
Quote Highflyer19 16-9-2022 07:28 PM
MIC's nost prominent figure
Quote Nenasketum 16-9-2022 09:52 PM
Nak tengok baper lama anak useless dia akan bertahan lepas ni.
Quote kakikuDibibirmu 16-9-2022 10:45 PM
Buritan replied at 16-9-2022 04:48 PM
Tanam kek mane atuk samy ni

Yindia bukan bakar ke? Ommmmm Nama shivaya
Quote kakikuDibibirmu 16-9-2022 10:45 PM
[youtube]THdZkmrAh4o[/youtube]
Quote Buritan 16-9-2022 10:50 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-9-2022 10:45 PM
Yindia bukan bakar ke? Ommmmm Nama shivaya

Ade jgk yg tanam...
Quote mojarean_X 16-9-2022 11:26 PM
Nape x diberi pengebumian negara? Dia deserve kot...iols yg x de kaitan ni pun mcm terasa..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.052753 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top