CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M Calon PM? "Saya Tidak Tolak Atau Tidak Terima”

16-9-2022 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2597| Komen: 28

“Saya tidak tolak atau tidak terima.”

Demikian jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya sama ada beliau mahu menjadi calon Perdana Menteri mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).




Kata Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu, beliau telah diminta banyak oleh pihak agar menjadi Perdana Menteri semula, namun tidak bersedia berhubung perkara itu buat masa kini.

“Saya tidak bersedia tetapi banyak orang suruh. Jadi pada waktu ini, saya tidak buat keputusan apa-apa saya tidak tolak atau tidak terima,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Pejuangnita di sini hari ini.


Ahli Parlimen Langkawi itu mengulas sama ada beliau bersedia untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya GTA menang dalam PRU15.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir sekali lagi menegaskan, GTA tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti terlibat dalam rasuah dan terlibat kerajaan pintu belakang.

“Kita ada gerakan yang mencakupi empat parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang cintakan kepada tanah air ingin mengubah politik dan mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia.

“Jadi kita tidak akan bekerjasama dengan parti terlibat dalam rasuah dan mendirikan kerajaan pintu belakang,” katanya.

Mengulas perkembangan pendaftaran GTA, Dr. Mahathir memberitahu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan memberi maklum balas status pendaftaran itu pada bulan depan.

Namun beliau berharap pendaftaran gerakan itu diluluskan segera sebelum PRU15.

“Jangan sehari sebelum bubar Parlimen, kita tiada masa untuk gerakan kerja sebelum pilihan raya ke-15 nanti,” katanya.


Sumber: UTUSAN 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 16-9-2022 03:12 PM
Kita tunggu episod seterusnya
Quote kakikuDibibirmu 16-9-2022 03:13 PM
Gerakan Terakhir Atok? atokcow ijau mumia fosil ron97tahun tersenyum sinis
Quote Orix 16-9-2022 04:55 PM
Tazabarrrr melihat ummah ternganga tarkajut kalau atok jd pm kali ke 3
Quote nusaraya 16-9-2022 08:06 PM
Woow.. Tun M memang betol-betol sakti ...Jika nanti terpilih menjadi PM nanti.. maka Tun M sebaiknya kita beril title Khalifah  Malaysia kerana poisisi PM terlalu rendah dan  hina bagi beliau ...
Quote mojarean_X 16-9-2022 08:09 PM
Bestnya umur panjang2
Quote Solokkk 16-9-2022 08:10 PM
Edited by Solokkk at 16-9-2022 08:11 PM
nusaraya replied at 16-9-2022 08:06 PM
Woow.. Tun M memang betol-betol sakti ...Jika nanti terpilih menjadi PM nanti.. maka Tun M sebaiknya ...


Indon jongos caprut detected. @EJALTI
Quote AbukRokok 17-9-2022 12:05 AM
sindrom ketagihan kene rogol berulang kali
Quote AbukRokok 17-9-2022 12:06 AM
nusaraya replied at 16-9-2022 08:06 PM
Woow.. Tun M memang betol-betol sakti ...Jika nanti terpilih menjadi PM nanti.. maka Tun M sebaiknya ...

mgkin blh lantik sbg imamul mehdivikia

Quote azurro 17-9-2022 04:50 AM
Sudah² lah atokk.. Bersaralah...
Quote kitmal 17-9-2022 06:16 AM
cukuplah recycle pemimpin..............tandus sangat ke kat Malaysia ni asyik recycle pemimpim saja
Quote nononcrux 17-9-2022 11:16 AM
kasi la yang middle of 40's age handle negara pula.. asik org tua je bosan laa
Quote alesandra 17-9-2022 11:19 AM
siapa yg ramai  sgt suruh dia jadi PM lagi  tu?boboi,barua terulung laki si  umie aida...lagi sapa???
Quote Orix 17-9-2022 11:20 AM
kitmal replied at 17-9-2022 06:16 AM
cukuplah recycle pemimpin..............tandus sangat ke kat Malaysia ni asyik recycle pemimpim saja

then who layak jd pm kalau x tandus ?
Quote guesswho09 17-9-2022 11:30 AM
Malaysia ni patut la semakin mundur
Quote orkid_amani 17-9-2022 11:50 AM
Mmg dah xdak calon lain ka jadi PM
Quote renko 17-9-2022 12:11 PM
Quote Skuau 17-9-2022 12:18 PM
alesandra replied at 17-9-2022 11:19 AM
siapa yg ramai  sgt suruh dia jadi PM lagi  tu?boboi,barua terulung laki si  umie aida...lagi sapa?? ...

Orix...la...
Quote ezacbee 17-9-2022 12:27 PM
Dah elok2 jadi PM g berhenti.. XPaham pe dalam otak orang tua ni..
Quote kakikuDibibirmu 17-9-2022 12:29 PM
BoBoiBoy tersenyum sinis

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.100332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top