CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Sedih Minta Henti Tohmahan, Doakan Keselamatan Ejen Produk Kosmetik

16-9-2022 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3285| Komen: 38

Keluarga mangsa culik di Kampung Semat Jal, di sini meminta rakyat Malaysia mendoakan keselamatan wanita itu, selain mengharapkan supaya menghentikan segala tohmahan.


Adik lelaki mangsa yang berusia 25 tahun berkata, mereka belum menerima apa-apa berita berkaitan Rosnazirah Mohd Naim, 36, dan mengharapkan sesuatu yang baik berlaku.

Katanya, ibu bapa mereka berterusan bersedih dan menangisi kejadian tersebut sehingga tidak dapat tidur lena kerana bimbang keselamatan ejen jualan barangan kosmetik yang diculik sejak 13 September lalu itu.


Antara tomahan netizen yang menyebabkan kesedihan kepada ahli keluarga Rosnazirah ketika menantikan perkembangan mengenai mangsa.


“Kami bersedih, ayah dan ibu tak henti-henti menangis dan bertambah sedih apabila membaca tomahan-tomahan netizen terhadap kakak di media sosial sedangkan kami sekeluarga ternanti-nantikan perkembangan berita yang baik daripada mangsa.

“Saya merayu kepada semua, tolong hentikan segala fitnah dan tomahan terhadap kakak saya sebaliknya saya memohon supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dia,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal, di sini, pada Jumaat.

Adik lelaki mangsa itu juga turut meminta kerjasama daripada semua pihak supaya berhenti mengambil gambar-gambar mangsa di akaun Facebook wanita dan tidak menyebarkannya bagi tujuan tidak baik.

“Kami sedang berusaha bekerjasama dengan pihak polis untuk menukar mod peribadi akaun Facebook mangsa supaya gambarnya tidak digunakan dengan sewenang-wenangnya.

“Mangsa ada anak anak perempuan berusia 13 tahun yang juga masih lagi bersedih serta trauma melihat ibu sendiri dilarikan oleh kumpulan lelaki yang bersenjata di rumah sendiri malah kerap bertanya pada saya kesahihan tuduhan-tuduhan terhadap ibunya di media sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, dia turut sedih dan kesal apabila Facebook kakaknya diserang netizen dengan kata-kata kesat dan berbaur lucah.

Menurut anak ke-10 daripada 11 beradik itu, dia sangat rapat dengan mangsa yang juga anak keenam dalam keluarga kerana bersama-sama menjaga ibu bapa mereka selain dia turut menjadi ejen jualan barangan kosmetik di bawah kakaknya itu.

“Kakak yang memasak untuk kami sekeluarga di rumah ini. Dia yang banyak berusaha dalam perniagaan kosmetik untuk menyiapkan rumah untuk kami.

“Dia seorang yang lemah lembut, kalau tengok filem ganas sikit pun dia boleh takut dan menangis. Saya tak dapat bayangkan macam mana traumanya dia ketika ini,” katanya.

Dia turut mengakui keluarganya itu hanya orang kampung biasa yang mengusahakan perniagaan cendol di Pasar Wakaf Bharu di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

Dalam laporan Sinar Harian pada Rabu lalu, seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim didakwa dilarikan empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 16-9-2022 04:21 PM
lakinya x komen ka
Quote doridori_hi 16-9-2022 04:39 PM
Sadiss..., bini pulak yg kena tanggung laki buat hal ,...
Quote ezacbee 16-9-2022 04:40 PM
Cian bini harap2 selamat lah dia. Patutnya tukar ngan laki takguna tu..
Quote manehnya 16-9-2022 04:51 PM
Susah laa nk dpt balik tu
Quote CiliPadiSedap 16-9-2022 05:01 PM
kalau family dia senyap isu   rokok seludup tu masyarakat xkecam. buat2 xtahu dah lah. buat2 hilang ingatan. ada benda xperlu sebar kt media. biar pdrm dan polis gerak gerak khas buat kerja.
Quote kucing_gebu 16-9-2022 05:07 PM
Kalau xkena culik korang sekeluarga senang lenang hidup di muka bumi ni kannn
Quote awekjepun 16-9-2022 05:11 PM
doridori_hi replied at 16-9-2022 04:39 PM
Sadiss..., bini pulak yg kena tanggung laki buat hal ,...

Mmg betul ke ada kena mengena dgn laki dia? Punca sbb laki seludup ke?
Quote mojarean_X 16-9-2022 05:13 PM
Yg ko g byk masa baca komen2 netizen dh nape? Ko g siasat lah apa yg dorang ngan laki dia dan settlekan secepat mungkin
Quote matjerk 16-9-2022 06:01 PM
“Kakak yang memasak untuk kami sekeluarga di rumah ini. Dia yang banyak berusaha dalam perniagaan kosmetik untuk menyiapkan rumah untuk kami.

Ooo ni mesti duduk ramai2 di bawah satu bumbung ni kan... untung la ada kakak yg nak buat rumah..
Quote albedah 16-9-2022 06:06 PM
musangbodoh replied at 16-9-2022 04:21 PM
lakinya x komen ka

Laki dah kene tahan pulis daaa
Quote doridori_hi 16-9-2022 06:33 PM
awekjepun replied at 16-9-2022 05:11 PM
Mmg betul ke ada kena mengena dgn laki dia? Punca sbb laki seludup ke?

Laki dia asalnya seludup rokok, pak mertua bgtau dia tak tau anak menantu terlibat dgn dadah.. Laki dia dah kena tahan balai, siasat punya siasat ada perselisihan faham dgn org Siam  pasal hal dadah,, ...
Bini org Siam dah bawak lari ke sana.. Taktau apa nasib skrg...
Org2 belah Kelantan sana kata dah masuk Siam susah dah nk balik... Hilang mcm tu je selalunya..
Quote epal_putih 16-9-2022 06:39 PM
doridori_hi replied at 16-9-2022 06:33 PM
Laki dia asalnya seludup rokok, pak mertua bgtau dia tak tau anak menantu terlibat dgn dadah.. Lak ...

Betul.. klu dah bawak gi denun.. berhuhuhu jahla
Harap hidup la lg...
Moga baik2 saje
Quote surfin_net82 16-9-2022 06:39 PM
Risau organ buat spare part. Dgn budak pun dorg xheran. Nauzubillah.
Quote akies 16-9-2022 06:45 PM
Dah menantu buat bisnes terlarang..bini kena culik..
Mmg ler org sok sek sok sek.
Quote Highflyer19 16-9-2022 06:46 PM
doridori_hi replied at 16-9-2022 06:33 PM
Laki dia asalnya seludup rokok, pak mertua bgtau dia tak tau anak menantu terlibat dgn dadah.. Lak ...

Tiba2 teringat cerita pasal kartel dadah kt mexico…betul2 ganas
Quote doridori_hi 16-9-2022 06:51 PM
Highflyer19 replied at 16-9-2022 06:46 PM
Tiba2 teringat cerita pasal kartel dadah kt mexico…betul2 ganas

Baru je tgk kt YouTube,tp censored punya, 4 org pompuan kena cincang .... Yg last sekali dia bg tgk kwn2 kena cincang terpisah badan semua, sb dia paling jahat... Pernah bunuh geng diaorg... Sesama kartel bergaduh..
Quote doridori_hi 16-9-2022 06:55 PM
epal_putih replied at 16-9-2022 06:39 PM
Betul.. klu dah bawak gi denun.. berhuhuhu jahla
Harap hidup la lg...
Moga baik2 saje

Moga moga keluarga kita dijauhkan dari terlibat hal mcm ni, jgn ckp taktau akibatnya.. Ko org sana kot, brp jengkal je kt sempadan nun...  Skeri Siam nih
Quote Nenasketum 16-9-2022 09:54 PM
La nak suh tutup mulut2 hangsuang netizen, memang tak lah
Quote sharlenetexas 16-9-2022 09:56 PM
Belia benci dadah.


Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top