CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasrat Naik Haji Tak Kesampaian Wang Simpanan Dimamah Anai-anai

16-9-2022 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 942| Komen: 5

Musnah harapan seorang lelaki untuk menunaikan ibadah haji apabila wang kertas puluhan juta rupiah yang dibawa ke Pejabat Perwakilan Bank Indonesia (KPw BI) di Solo untuk ditukar kepada wang yang baharu, dimakan anai-anai.


Ini kerana Ketua KPw BI Solo, Nugroho Joko Prastowo menjelaskan kepada lelaki bekerja sebagai Pengawal Sekolah Dasar Lojiwetan di Solo, Samin, 53, itu, bahawa wang boleh ditukar adalah jika keadaan fizikalnya masih berbaki lebih dua pertiga, atau 68 peratus daripada bentuk asal.



Portal Detik.com melaporkan, Samin mengakui agak kecewa kerana wang yang berjumlah sekitar 50 juta rupiah (kira-kira RM15,200) itu tidak dapat ditukar sepenuhnya dan dia terpaksa melepaskan wang itu begitu sahaja.


"Ya, saya agak kecewa kerana ternyata wang tidak boleh ditukar lain supaya dapat digunakan. Tetapi ini memang risiko saya. Pada masa akan datang saya akan segera simpan di bank," kata Samin kepada pemberita.

Joko pula berkata, terdapat satu plastik yang pecah dalam simpanannya yang tidak mungkin ditukar dengan wang baharu.

"Wang boleh ditukar dengan yang baharu jika mereka masih boleh menunjukkan dua pertiga daripada bahagian bentuk asal atau 68 peratus," kata Joko yang menyambut kedatangan Samin dengan membawa beg berisi puluhan juta rupiah itu di KPw BI Solo, Selasa lalu.

Kemudian Joko meminta Samin cuba mencantumkan not wang kertas yang rosak itu supaya mencapai 68 peratus.

"Kalau rosak teruk, cuba susun, mungkin jumpa yang sesuai dengan nombor siri. Kalau rosak sikit, senang nak semak nanti," kata Joko.

Samin berusaha menyusun semula wangnya mengikut arahan Joko dengan masih menaruh harapan ia boleh ditukar.



Kemudian pasukan dari BI cuba menyemak keadaan wang Samin menggunakan alat khas.

Sebahagian daripada wang yang disemak menghasilkan kurang daripada 68 peratus.

"Kami juga akan semak dengan alat manual dan kami tetap akan membantu, kerana ini juga tidak disengajakan," kata pegawai pasukan dari BI sambil meminta Samin datang semula pada Khamis kerana perkhidmatan itu hanya dibuat hari berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 16-9-2022 03:02 PM
Better simpan dgn TH...jadikn pengajaran
Quote kakikuDibibirmu 16-9-2022 03:06 PM
Itulah pentingnya wang polimer, dah masuk mesin basuh pun helok lagi kejadiannya
Quote musangbodoh 16-9-2022 04:27 PM
ptt blaja dgn kak ros
Quote rosmahisham 16-9-2022 05:34 PM
Kalau kedekut bab makan, bercatu nk nyimpan punya pasal..mmg terasa sgtt lahh..sia2 je berjimat cermat..sedih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058923 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top