Selepas dua bulan menjalani pembedahan batriatik, penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow merasakan perubahan dalam kehidupan hariannya.
Melly atau nama sebenarnya, Melliana Cessy Goeslow, menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia kini menjalani kehidupan lebih sihat.
"Sudah dua bulan saya menjalani kehidupan sihat. Kebiasaan yang sangat berbeza dengan hidup saya sebelum ini.
"Gula darah saya normal terus sampai sekarang. Dari berat badan hampir 86 kilogram sekarang hampir 70 kilogram dan pasti akan terus turun dengan pola hidup sihat ini.
"Tidur lebih mudah dan tidak berdengkur lagi. Bangun tidur rasa segar. Alhamdulillah," coretnya yang turut berterima kasih kepada individu yang menyarankan pembedahan itu kepadanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My