Tular rakaman kejadian di mana seorang ustazah bernama Taslimah meninggal dunia ketika memimpin bacaan tahlil dan khatam al-Quran di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia.
CNN Indonesia melaporkan Penjaga Masjid Al Barkah As Syafiiyah Alwy Rasyid mengesahkan perkara itu. Menerusi rakaman tular yang tular itu, Taslimah dilihat membaca Surah al-Baqarah, ayat 5-6. Ketika membaca ayat keenam, suara Taslimah kedengaran lemah. Beliau yang sedang duduk tiba-tiba rebah sebelum jemaah wanita lain segera membantunya.
Alwy Rasyid mengesahkan Ustazah Taslimah meninggal dunia ketika memimpin khatam al-Quran pada Khamis (15 September). "Taslimah meninggal pagi Khamis 7.30 pagi. Arwah bertugas membaca al-Quran dan tahlil lengkap. Ketika membaca sepotong ayat, suaranya mula lemah tetapi dia terus mencuba," kata Alwy kepada CNN Indonesia. Alwy memberitahu, Taslimah adalah salah seorang ustazah yang sering ditugaskan memimpin bacaan doa dan mengaji di masjid. Dia menyifatkan Taslimah sebagai individu yang pendiam dan sopan. Sumber: Harian Metro
|
bellaa replied at 16-9-2022 02:24 PM
harap ummah porem tak dijemput ajal ketika sebuk mencerca
terutama kat bodgosip
bellaa replied at 16-9-2022 02:24 PM
harap ummah porem tak dijemput ajal ketika sebuk mencerca
terutama kat bodgosip
Triple_8 replied at 16-9-2022 01:45 PM
Entah-entah kesan air suchi.
Denco replied at 16-9-2022 05:58 PM
Kematian yg dicemburui, husnul khotimah..
aemon replied at 16-9-2022 03:06 PM
Teringat porumer kata kena seret dgn malaikat zabaniyah.taubat aku bila baca
blastoff replied at 16-9-2022 06:11 PM
errr husnul khotimah bukan ditetapkan oleh manusia tapi oleh Tuhan. Mustahil kau tahu dia mati dal ...
bellaa replied at 16-9-2022 02:24 PM
harap ummah porem tak dijemput ajal ketika sebuk mencerca
terutama kat bodgosip
Nnoor2 replied at 16-9-2022 06:16 PM
Dia mati dlm majlis ilmu agama....
ADVERTISEMENT