CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Di Kelantan Tergamak Cabul Anak Saudara Usia 6 Tahun Ketika Sedang Tidur

15-9-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2387| Komen: 26

TANAH MERAH – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai tergamak mencabul anak saudara perempuannya yang berusia enam tahun semasa mangsa sedang tidur di sebuah rumah di daerah ini, Isnin lalu.


Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Mohd. Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu saudara mangsa yang berusia 44 tahun malam kelmarin.

Menurutnya, polis telah menahan suspek yang berusia 34 tahun kira-kira 37 minit selepas wanita itu tampil membuat laporan.

Gambar Hiasan

“Berdasarkan keterangan mangsa, kanak-kanak itu dipercayai dicabul oleh bapa saudaranya semasa dia sedang tidur.


“Siasatan mendapati, mangsa merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia sebelum ini telah dijaga oleh neneknya selepas kedua ibu bapanya bercerai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Mohd. Razi, mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, berdasarkan semakan, suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki itu negatif dadah.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reen8601 15-9-2022 05:42 PM
aku cukup benci manusia yg berperangai macam ni,ang tak patut hidup lah
Quote cikatilia 15-9-2022 05:44 PM
sick gila apa nafsu jahanam sampai budak 6 tahun pon ko sanggup
Quote chandrahusin 15-9-2022 05:50 PM
Mak Ayah pun cerai anak terus terbiar
Pakcik plk napsu setan
Sialan semua ni
Quote surih07 15-9-2022 06:07 PM
C*laka sungguh perangai jantan tu
Quote matchstick 15-9-2022 06:46 PM
Mujur mak sedara bdk tu tak mengamalkan konsep asal berlaki..harap terus dijaga dan dilindungi anak sedara nye tu..kesian plk jadi mangsa broken family
Quote Goodluckdontcry 15-9-2022 06:59 PM
Makbapak yg xsepatutnya bernikah SBB perangai mcm cilaka..Bapa saudara pun perangai mcm cilaka..kesian ko dik dilahirkan dlm keluarga yg berperangai mcm cilaka..nsb de nenek Dan mak saudara yg baik..Tu pun pasti dpt tekanan Dr ahli keluarga yg berperangai cilaka...tak sikit..byk pasti akn ade tekanan.. bertabahla ko dik..

Sorry den byk tulis cilaka..SBB emosi den rs sgt2 sakit dgn semua hal yg berlaku.. xkirala disekeliling den mahupun diluar Sana...den tension sgt2 dgn perangai masyarakat skrg ni..
Quote Decaffeinated 15-9-2022 07:26 PM
pelakunya bapa sedara, yg lapor mak sedara. dorang adik beradik ka?

Quote Decaffeinated 15-9-2022 07:28 PM
matchstick replied at 15-9-2022 06:46 PM
Mujur mak sedara bdk tu tak mengamalkan konsep asal berlaki..harap terus dijaga dan dilindungi anak  ...

apa kaitan asal berlaki pulak?

Quote sabundettol 15-9-2022 08:28 PM
6 tahun pun on ke, mmg pedo lah sehina hina jenayah. Patut dia masuk penjara kene label, biar sume org tahu
Quote Friska 15-9-2022 08:38 PM
Kalau berita dari seberang pasti ada yang tagging saya, ndak ngerti saya maksudnya apa? Realitanya di mana-mana akan ada manusia bejad.
Quote Kupucandy 15-9-2022 08:39 PM
Ramainya yg mental sejak akhir2 ni…
Quote mamajawie 15-9-2022 08:53 PM
Sialan punya pedoq..
Quote matchstick 15-9-2022 11:06 PM
Decaffeinated replied at 15-9-2022 07:28 PM
apa kaitan asal berlaki pulak?

Bukan laki dia yg mencabul tu aku baca sekali lalu je tadi. Now confuse plk
Quote Minami2013 15-9-2022 11:35 PM
Pedophile ni patut dikasi je supaya tak de dah bakal mangsa2 sbb nafsu setan tk boleh dikawal. Budak umur gitu tak paham ape. Mmg selamat jantan jahanam ni kalo tk de org tua yg nmpak. Percaya je la kalo dipenjarakan je, bila keluar nanti dia buat lagi.  Jijik betul
Quote lyshafull 16-9-2022 12:01 AM
Stupid
Nasb ade mak sedara yg bolh fikir
Makpak lak kahwin sebb nafsu dh bosn cerai lepastu tggalkn anak puihhhh
Quote liyamariska 16-9-2022 12:05 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote Perawankota 16-9-2022 01:28 AM
Syaitonnnnnn...
Quote zuuu 16-9-2022 02:45 AM
matchstick replied at 15-9-2022 11:06 PM
Bukan laki dia yg mencabul tu aku baca sekali lalu je tadi. Now confuse plk

Yg mencabul bapa saudara,yg report polis mal saudara tapi x pasti la apa hubungan mak ngan bapa saudara tu suami isteri ke adik beradik ke...yg paling x guna dalam kes ni mak ayah mangsa,dh bercerai terus lepas tangan
Quote fortiori13 16-9-2022 09:52 AM
Jantan x guna, ngan budak kecik pun bernapsu...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.124644 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top