Selebriti sensasi dari seberang, Lucinta Luna baru-baru ini ada memuat naik video ketika berkunjung ke Malaysia. Dalam hantaran tersebut, dia ditemani rakan selebriti Malaysia iaitu usahawan terkenal, Datuk Seri Vida dan juga penyanyi Ifa Raziah ketika keluar bersiar-siar bandar raya metropolitan, Kuala Lumpur. Ketika mereka sedang seronok berjalan-jalan sambil menyanyi, tiba-tiba Lucinta Luna pura-pura terjatuh dan terus berguling di atas lantai di hadapan sebuah pasaraya besar. Loading FB Post...
Aksi tersebut turut ditonton orang ramai malahan pelancong asing yang berada disitu. Kelihatan DSV cuba menarik Lucinta Luna yang sedang terbaring di atas lantai namun dia juga turut terjatuh sampai terduduk. Perbuatan mereka telah mendatangkan perasaan kurang senang dikalangan warganet yang menyaksikan video tersebut malah ada yang turut mengkritik DSV yang memegang tangan Lucinta Luna. Terdahulu, Lucinta Luna atau nama sebenarnya Muhammad Fatah pernah meluahkan keinginannya untuk menetap di Kuala Lumpur namun mendapat pelbagai reaksi negatif wargamaya yang berasal daripada Malaysia mengenai hajatnya itu. - CARI |
ADVERTISEMENT