CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Tengok Membesar Depan Mata,"Harris Alif Memilih Terima Job, Tak Nak Berjauhan Dengan Anak

15-9-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2895| Komen: 19

Harris Alif, 23, lebih memilih tawaran kerja-kerja penggambaran yang sesuai dengan jadualnya kerana ingin melihat anaknya, Eviee Khadeeja, membesar di depan matanya.


Harris ketika ditemui berkata, dia juga kini lebih aktif sebagai pengacara berbanding lakonan.

Foto: IG

"Anak saya dah masuk usia tujuh bulan. Jadi, setiap kali menerima tawaran kerja penggambaran, saya akan pilih sebab saya nak susun waktu saya sebaik mungkin. Saya nak lihat anak saya membesar di depan mata saya dan ada masa lebih banyak dengannya.

"Kalau drama, saya memang dah perlahankan sedikit. Jadi, kerja-kerja penggambaran kebanyakannya membabitkan saya sebagai pengacara sama ada di kaca TV atau acara-acara luar," katanya kepada Harian Metro.




Menurutnya, dia dan isteri yang juga pelakon, Intan Ladyana menyusun atur waktu mereka sebaik supaya tidak berpisah terlalu lama dengan anak.

"Paling lama pun, dua ke tiga hari saja kami berjauhan dengan anak. Intan pun lebih selesa untuk tak berpisah jauh dari anak. Kami pun cuba sebaik mungkin untuk membahagikan masa kami," katanya.




Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung pada penghujung Januari lalu.

Terbaharu, Harris kini meneruskan posisi sebagai pengacara dalam program realiti kanak-kanak, Generasi Z yang sudah masuk musim kedua, yang mana menyaksikan lapan peserta berusia antara 11 hingga 13 tahun bersaing dalam pelbagai aktiviti mencabar fizikal dan mental.




Program itu disiarkan pada setiap Ahad, jam 7 malam, bermula 18 September ini di TV3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 15-9-2022 04:40 PM
Suka btl kapel ni
Quote rayna_raynes 15-9-2022 04:58 PM
Pasti senak je rupa Harris Alif ni
Quote laksmanabentan 15-9-2022 05:09 PM
huntong boleh pilih2 job...
mesti lebat kan job2 dia dapat.....
Quote Noraniza_Iblis 15-9-2022 05:48 PM
rayna_raynes replied at 15-9-2022 04:58 PM
Pasti senak je rupa Harris Alif ni

hahah..
anat laa...
tp nk jgk merase..larhhh
Quote jihyomelly 15-9-2022 05:54 PM
couple yg tak byk cerita pelik2 even intan lebih berusia tapi elok je nampaknya even harris ni muda tapi matured
Quote miu84 15-9-2022 06:37 PM
Halah comel la dua orang ni. Semoga yg baik² sajorkkk utk keluarga deyols.
Quote amyfaha 15-9-2022 06:43 PM
Akak haris ni ade kwn ngan kerabat perak x silap. Means family dia mmg azali kaya. Dia sendiri pn x tao keje ape. Nk kata pelakon? Penyanyi? Mcm da x nmpk bayang dia ni
Quote dewimalam78 15-9-2022 07:11 PM
Time muda2 i la nak kerja keras. Dah umur 40 boleh rileks sikit sb saving dah ada. Lgpun badan makin tua makin tak kuat mcm org muda.
Anak tu kan baru seorang.
Quote rayna_raynes 15-9-2022 07:44 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-9-2022 05:48 PM
hahah..
anat laa...
tp nk jgk merase..larhhh

dari pengalaman iols yang muka suci murni gini selalunya begitu kahkahkah

Quote sukacactus 15-9-2022 08:23 PM
Sweet je tgk couple ni
Quote mamajawie 15-9-2022 09:17 PM
[quote]dewimalam78: Time muda2 i la nak kerja kera ...[/quote

Memang anak sorang tapi bini nk masuk 40-an time2 ni la nak ulit bini kalu nk tmbah zuriat..lg 4-5 tahun takut da x bleh preggy lagi..agitchuu kot fikiran si haris alip ni
Quote dua_chzy 15-9-2022 09:48 PM
rayna_raynes replied at 15-9-2022 11:44 AM
dari pengalaman iols yang muka suci murni gini selalunya begitu kahkahkah

Betul la tu.
Quote mendeluk 15-9-2022 10:04 PM
amyfaha replied at 15-9-2022 06:43 PM
Akak haris ni ade kwn ngan kerabat perak x silap. Means family dia mmg azali kaya. Dia sendiri pn x  ...

Nama kakak halif ini sapa?
Quote amyfaha 15-9-2022 11:33 PM
mendeluk replied at 15-9-2022 10:04 PM
Nama kakak halif ini sapa?

Kawin kerabat perak. kak dia muda tp kawin org tua. Hahha
Quote mendeluk 15-9-2022 11:41 PM
amyfaha replied at 15-9-2022 11:33 PM
Kawin kerabat perak. kak dia muda tp kawin org tua. Hahha

Org tua umur berapa? Kakak dia brapa?
Quote aammyy 15-9-2022 11:51 PM
Gap dgn anak 22 tahun je. Anak masuk sekolah menengah, dia baru 35 mcm tu.
Quote Perawankota 17-9-2022 03:34 AM
So Harris ni bkn kategori orang susah lah kan.. So, x der lah kira menumpang bini..
Quote mendeluk 17-9-2022 06:28 AM
Kadang terpikir jugak mcm mana intan boleh nak terkahwin dgn laki yang jauh muda. Tak kekok ke bila tidur 2gether.. tapi dah jodoh kan
Quote bellaamsar 17-9-2022 07:10 AM
Couple yg wangi. Anak pun kemain comel

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.297929 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top