Isu masalah bekalan air kotor dan tercemar bukanlah perkara asing lagi di Malaysia, terutamanya di Kelantan yang seringkali menerima aduan ekoran air kotor, berbau dan tidak bersih.
Di Twitter, lelaki dikenali Hafiz D berkongsi beberapa gambar air kotor yang berlaku di negeri serambi Kaabah itu. Air dipercayai bercampur dengan lumpur sehingga menjadi keruh dan likat. Dia juga menyamakan air kotor itu dengan warna teh tarik dan sempat berseloroh ‘menawarkan’ minuman tersebut kepada orang ramai.
“Nak kopi branded mahal? Sila ambil sini. Check out this latte coffee cirito. Free flow and extra slime,”ciapnya. Bagaimanapun, Hafiz menegaskan kualiti air tersebut telah menyebabkan ramai penduduk mengalami penyakit kulit. Ini termasuklah penyakit seperti taun, cirit-birit, disentri, hepatitis A, kepialu dan juga polio. Paling merisaukan keadaan kanak-kanak dan orang tua yang tahap kesihatannya tejejas jika tidak mendapat bekalan air bersih. Hafiz juga mendedahkan dia tidak mendapat bekalan air bersih daripada pihak negeri berkenaan sehingga menyebabkan dirinya terpaksa ‘korek’ air bawah tanah. Selain itu, dia turut berkongsi pengalaman penduduk di negeri berkenaan yang terpaksa mencari sumber air bersih dengan bergantung harap pada mesin air layan diri. Hafiz berkata, kebiasaannya air mesin terseut terletak agak jauh dari kawasan rumah mereka dan ia hanya mampu bertahan sehari serta keraguan terhadap kualiti air tersebut tetap ada. Di samping itu, Hafiz mewakili penduduk di sekitar kawasan terjejas menyatakan betapa kesalnya terhadap pihak berkuasa negeri dan memohon agar mereka tampil bertanggungjawab sebelum keadaan bertambah teruk. “Tunggu hari perhitungan. Aku nak claim (tuntut) dengan tuan-tuan yang jaga Kelantan,”luahnya. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai turut meluahkan pandangan dan turut menyatakan terpaksa berdepan dengan situasi sama seperti Hafiz. -CARI
|
rosedemon replied at 15-9-2022 05:29 PM
tingin g kelantan
cmf_premierleag replied at 15-9-2022 05:30 PM
Bini abegong bangsa kokesen tersenyum sinis sambil duduk atas singgahsana berlatar karpet baldu biru ...
Nnoor2 replied at 15-9-2022 03:19 AM
.......dan menteri besar nya masuk neraka jahanam...kesian sgt pada rakyat yg teran ...
FOTHER-MUCKER replied at 15-9-2022 07:24 PM
Bahaya ni kak NOR tak pasal masuk dalam berjiran dengan najib nanti.
Nnoor2 replied at 15-9-2022 03:30 AM
Dari dulu ko mrnyibuk...nk luahkan apa yg rakyat rasa pun x boleh...ko la yg copy paste kat org2 b ...
FOTHER-MUCKER replied at 15-9-2022 07:36 PM
Nak sangat ni berjiran dengan najib nampaknya
ADVERTISEMENT