CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dibanding-Bandingkan Dengan Siti Nurhaliza, Liza Hanim Malas Nak Layan

15-9-2022 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2801| Komen: 19

Liza Hanim sedikit pun tidak terkesan dengan cubaan segelintir netizen yang mewujudkan perbandingan untuk persembahan duetnya bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23), baru-baru ini.


Difahamkan, ada netizen mendakwa Siti Nurhaliza adalah satu-satunya 'pesaing tepat' yang mampu untuk membenamkan kemantapan vokal dimiliki Liza Hanim ketika membuat persembahan 'live'.

Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 43, berkata, dia lebih gemar mengambil positif dan enggan memikirkan segala perbandingan yang cuba dibuat itu kerana sekarang bukan masa untuk menilai siapa hebat.

Foto: IG

"Macam inilah, kita sekarang dah sampai ke peringkat orang nak cakap apa, cakaplah. Saya pun dah pernah kena yang paling teruk pun, jadi tak ada hal. Saya okey saja kerana ada juga yang masih 'happy'. Jadi, mulut orang kita tak boleh 'control'.

"Pada saya, apabila orang bercakap mengenainya, itu menunjukkan ada perhatian dan ia sudah cukup. Saya pun sekarang sudah sampai tahap hanya melihat ke arah positif dan layan itu saja. Tak laratlah nak fikir benda-benda yang negatif lagi," katanya.



Katanya, dia selesa menjadi diri sendiri dengan tidak menghiraukan cakap-cakap negatif daripada orang lain.

"Saya memang malas nak melayan semua ini kerana apa yang saya tahu 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Saya nak tenang-tenang saja," katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu ditemui media pada majlis santai bersama Liza Hanim dan Shila Amzah sempena meraikan kemenangan di AIM23 di sebuah restoran terkemuka, semalam.



Menurut Liza, selepas lebih 20 tahun membina karier nyanyiannya, apa diinginkan sekarang adalah memberikan persembahan terbaik buat penonton dan itu dirasakan sudah sangat berbaloi.

"Jadi, kepada bakat baharu yang menghadapi pelbagai komen daripada netizen sekarang ini, jangan hiraukan sangat dan fokus pada memperbaiki diri sendiri untuk jadi yang lebih baik pada masa akan datang.

"Mungkin ia akan ambil masa lama sedikit, tapi percayalah apabila sampai waktu itu orang akan menyedarinya juga dan tetap berpatah balik pada kualiti bakat yang kita ada. Yakin jika kita bermula dengan bakat, orang pasti akan tahu juga nanti," katanya.




Liza menunggu selama 25 tahun untuk dia berjaya menggenggam dua trofi kemenangan di pentas AIM23 bersama Shila Amzah menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu dan kategori Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama menerusi lagu Bahagiakan Dia.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 15-9-2022 03:28 PM
gambar dlm IG nampak slim pulok...
masa dgn tokti aritu nampak melebar yach...

apapun mana nonok2 fans liza dalam ni...
Quote DianaSaksen 15-9-2022 03:30 PM
Suara Liza lunak merdu manakala suara tokti makin besar..tapi ok lah tak macam dulu besar nya
Quote chanthik 15-9-2022 03:45 PM
Liza suara urban, album Ku Teruskan & Imagin cukup membuktikan betapa berbezanya karya Liza & karya Siti

Kesian sangat karier sheols ni - ramai sangat yang membandingkan sheols dengan Siti. Dia pun dah lama makan hati agaknya cuma bila dah berumur ni, bolayankan jah cakap nurtizen

Apapun, lagu sheols Merawat Luka Terpendam tu letops sangat - sayang tak diangkat dan dijulang yahh
Quote akuMNdia 15-9-2022 03:47 PM
aku minat suara liza hanim.
dulu siap beli kaset lagu2 pramlee yg liza hanim nyanyi tu.
Quote rayna_raynes 15-9-2022 03:49 PM
Malam AIM haritu meols lebih enjoy nyanyian Liza dari Tokti. Suara liza gemersik tapi bertenaga
Quote epal_putih 15-9-2022 03:51 PM
I suka suara liza hanim lg
Quote Cokoro 15-9-2022 04:00 PM
chanthik replied at 15-9-2022 03:45 PM
Liza suara urban, album Ku Teruskan & Imagin cukup membuktikan betapa berbezanya karya Liza & karya  ...

Lagu tu ada soundtrack cite apa2 ke eh? mcm trngiang2 tp tak ingat
Quote af_mania 15-9-2022 06:17 PM
Typical nasty dna sitizoners.
Tak banding2 tak sah.
Quote af_mania 15-9-2022 06:19 PM
rayna_raynes replied at 15-9-2022 03:49 PM
Malam AIM haritu meols lebih enjoy nyanyian Liza dari Tokti. Suara liza gemersik tapi bertenaga

Mmg fakta. Suara liza tak banyak berubah. Still halus, nyaring & merdu.
Quote dinosaurpink 15-9-2022 06:28 PM
Sapa tahu,betul kan masa tokti menang vokal terbaik aim bbrp tahun berturut2 tu,juri2 masih ramai yg bukan profesional dlm bidang vokal/muzik?
Katanya ramai wartawan ponen jadi juri masa tu

Mmg xde chance lgsg la nak menang lawan tokti ms tu haha
Quote dinosaurpink 15-9-2022 06:32 PM
af_mania replied at 15-9-2022 06:17 PM
Typical nasty dna sitizoners.
Tak banding2 tak sah.

Aku cuma xfaham kenapa diorang berdna ni yg kat porem ni xboley moveon lg dgn poremer yg anti tokti tu dulu
Quote makadek 15-9-2022 06:36 PM
Liza suara lemak gemersik
Ct pn sedap gak

Tp suara paling sakit telinga aku tk bole blah tp ramai ckp sdp ..aishah serius ah tajam gila suara ...tk mesra telinga aku
Quote nazrul90 15-9-2022 08:00 PM
Dua-dua sedap. Siti suara merdu, lemak dan sangat berdinamik, liza pulak gemersik dan powerful. Kalau dalam skala 1-10 tu, vocally 2-2 tu dalam range 8-9. So takperlu hokeyy nak banding-banding baik fan tokti mahupun fan liza.

Rezeki masing-masing berbeza. Iolls suka jah tengok kejayaan tokti as singer while iolls pon suka tengok life liza as a mother and a wife, nampak happy-happy dah bahagia jah.
Quote chanthik 15-9-2022 08:12 PM
rayna_raynes replied at 15-9-2022 03:49 PM
Malam AIM haritu meols lebih enjoy nyanyian Liza dari Tokti. Suara liza gemersik tapi bertenaga

I pun lagi enjoy vocal play Liza

Siti punya rendition for Gelisah Mimpi memang sedap - cuma tak sama macam gaya muda dia, cuma bila dia bawa lagu sendiri jadi..lemau(?) sikit sebab iols dah banyak kali dengar versi Jerat Percintaan & Cindai yang jauhh lebih baik

I suka vocal Siti zaman 2010, gemersik sangat. Tapi sekarang dah overworked sangat vocal chord dia. Logically dia kena rehat - vocal is an instrument , banyak pakai makin haus & rosaklah

Liza maintain dari 2004 sampai selarzng, lagu Egoismu tu sedap sangat dia nyanyi
Quote Solokkk 15-9-2022 08:23 PM
Dua2 sodap
Quote chanthik 15-9-2022 08:28 PM
Cokoro replied at 15-9-2022 04:00 PM
Lagu tu ada soundtrack cite apa2 ke eh? mcm trngiang2 tp tak ingat

OST Natasha chuols, separa letops jugaklah kiranya. Siaran 9 malam TV3 kalau iols x silap

I suka lirik lagu tu, sangat puitis mengibaratkan amarah bagai api dan kesabaran sebagai air memadam api gituhh
Quote fadz84 16-9-2022 08:08 AM
af_mania replied at 15-9-2022 06:17 PM
Typical nasty dna sitizoners.
Tak banding2 tak sah.

Mmg pun klu tgk komen kat YouTube ttp nk compare.. ada sorg tu puji suara LH, tetiba dtg ctjonah hijack komen tu tulis suara tokti lagi power... Padahal blh je tulis komen ko sendiri...
Quote zasrfikri 16-9-2022 08:14 AM
Edited by zasrfikri at 16-9-2022 08:29 AM

vokal liza hanim sedap tapi kalau org luar negara dgr, dorg akan anggap liza hanya biasa je sebab tone suara liza biasa je. teknik vokal je bagus. berbanding ctdk yg ada tone suara unik, oirg akan pilih ctdk. sebab tu liza hanim tak pernah menang pertandingan nyanyian luar negara sebab vokal dia biasa je tp merdu la. cam kita dcengar penyanyi wanita cina,  rasa macam sama je semua penyanyi cina wanita nyanyi melainkan ada tone suara unik or berbeza. cth senang vokal joey yung, miriam yung, amei m, stefanie sun dengar dekat sama je kan. org tak impress pun. try dengar vokal anita mui, faye wong and gem tang. sekali dengar dah tahu mereka. cth artis malaysia ada tone unik ialah ctdk, ziana zain, ella, ramlah ram, nora, siti sarah, misha, waheeda, dayang, jac, stacy, shila amzah, ning baizura, ernie zakri, aina abdul, marsha, idayu, uji rashid, sharifah aini, anita sarawak, francissa peter, amy mastura, elyana, sheila majid, saloma, rafaeah buang, rosiah chik, yuna, nikki palikat, adibah noor, azharina, faradhiya. even noraniza idris pun suara unik berbanding liza hanim.
manakala tone suara biasa je tapi sedap dan takkan menang pertandingan vokal luar negara sebab tone suara tak unik ialah liza hanim, fauziah latiff, amelina, mas idayu, rohana jalil, siti nordiana, wany hasrita,  najwa latiff, alyah, vaneesa reynauld, haiza, sharifah zarina, mila etc.  jgn keliru ya. mmg ada antara penyanyi vokal biasa tak unik ni  ada pernah menang award luar negara tp bukan sebagai juara atau the best singer.
Quote LautBiru52 16-9-2022 08:32 AM
aku suka suara liza lagi. Suara ct besar sgt bagi aku.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.161059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top