CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 3 Kali Ketua Pendakwa Raya Zambia Lari Dari Rumah Kerana Nyawanya Terancam

15-9-2022 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 718| Komen: 1

Ketua Pendakwa Zambia mendakwa nyawanya dalam bahaya selepas kerajaan menarik balik semua kemudahan keselamatannya.

Penarikan balik itu dibuat selepas berlaku pertikaian antara Lillian Siyunyi, yang dilantik kerajaan terdahulu dengan pentadbiran baharu dan amalan profesionalnya telah menjadi subjek aduan kepada Suruhanjaya Aduan Kehakiman (JCC).

Lillian enggan enggan menghadap JCC dengan alasan sumpah kerahsiaannya dalam perlembagaan perlu dimansuhkan terlebih dahulu oleh Presiden Hakainde Hichilema, lapor BBC.


zambianobserver

Sebagai salah seorang pemegang jawatan perlembagaan tertinggi di Zambia, Pengarah Pendakwaan Awam mengangkat sumpah rahsia.


Lillian memberitahu BBC bahawa presiden dan peguam negara telah menolak permintaannya namun JCC telah meneruskan pendengaran aduan terhadapnya.

Jelasnya, jika dia menjawab mana-mana pertuduhan terhadapnya sebelum pembatalan sumpah rahsianya, dia akan melanggar perlembagaan dan melakukan jenayah.

“Saya terpaksa melarikan diri dari rumah lebih daripada tiga kali” selepas ancaman daripada ‘petugas’ yang dikenali.”

“Saya sama sekali tidak mengatakan bahawa saya berada di atas undang-undang tetapi mesti ada pematuhan sepenuhnya dengan peruntukan perlembagaan Zambia yang mesti kita semua pegang jika mahu menegakkan kedaulatan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia untuk semua,” katanya.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 15-9-2022 04:58 PM
Mcm beyonce plus michelle obama

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.033388 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top