Seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen apabila dia enggan melayan permintaan suami yang mahu menyambut hari lahir bersama-sama, lapor laman Suara semalam.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, kelihatan seorang lelaki bersongkok membawa pinggan berisi kek dan lilin yang dinyalakan menuju ke bilik isterinya. Apabila pintu diketuk, wanita itu membuka pintu dan melihat suaminya memegang kek serta meminta dia keluar untuk meraikan hari lahir bersama. Bagaimanapun, wanita itu enggan keluar walau dipujuk beberapa kali dengan alasan malu dirakam dalam video.
Akhirnya, suami wanita itu putus asa dan melemparkan pinggan berisi kek ke luar pintu rumah sebelum video tamat. Rata-rata pengguna media sosial mengkritik sikap wanita itu yang dikatakan tidak wajar terhadap usaha yang dilakukan oleh suaminya. Sumber: Kosmo
|
brego replied at 15-9-2022 02:51 PM
itu pasal korang yang lelaki ni kena kaya berduit.
kalau bini buat hal, boleh sambut dengan bini mu ...
krustykrab replied at 15-9-2022 04:03 PM
Kalau laki buat hal, bini boleh gumbira dgn skandal tak?
Tanya jewwww
KamikuP replied at 15-9-2022 03:02 PM
Punca isu caprut :
1. Lilin besar mcm lilin sembah tuhan kat tokong
CiliPadiSedap replied at 15-9-2022 04:49 PM
apa lah bodoh laki friska ni, kek dia cupcake, lilin dia besar macam lilin halau hantu. patut kek ya ...
KamikuP replied at 15-9-2022 03:02 PM
Punca isu caprut :
1. Lilin besar mcm lilin sembah tuhan kat tokong
ADVERTISEMENT