Mahkamah Chicago memutuskan R Kelly bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak. Penyanyi R&B yang didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak serta tuduhan menyembunyikan kesalahan itu.
Penyanyi dengan nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly bagaimanapun didapati tidak bersalah atas tujuh tuduhan lain. Memetik AWANI, Kelly, 55, merupakan antara individu paling menonjol didapati bersalah atas tuduhan penderaan seksual semasa pergerakan #MeToo, baru-baru ini.
Difahamkan, panel juri diberitahu beberapa wanita bahawa mereka didera secara seksual oleh Kelly semasa mereka kanak-kanak. Jun lalu, Kelly dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun susulan sabitan berkaitan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita di mahkamah New York selain menggunakan status selebritinya untuk mengumpan wanita menjadi mangsa. Dalam masa sama, Kelly bakal menghadapi tuduhan di beberapa negeri lain termasuk Illinois dan Minnesota. Sumber: AWANI
|
KamikuP replied at 15-9-2022 03:03 PM
R Kelly ni lagu apa je yg femes cuolls?
saviour_09 replied at 15-9-2022 03:36 PM
i believe i can fly
star_karat replied at 15-9-2022 05:13 PM
Pedophile ni lama2 akan di legalise kan jugak. 30 tahun ke atas dulu, lgbt pun tak legal. 5 tahun le ...
ADVERTISEMENT