CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufi Rashid Bengang Rakan Penyewa Hilangkan Diri, Rugi RM4,000- "Isteri Menangis, Emosi Terganggu"

15-9-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2680| Komen: 18

Tindakan lepas tangan seorang kenalan menyebabkan penyanyi Sufi Rashid mengalami kerugian kira-kira RM4000 apabila individu berkenaan enggan menyelesaikan kerja-kerja ubah suai ruang kedai yang disewa bersama.


Menurut Sufi atau nama sebenarnya Muhammad Sufi Rashid, 31, ruang berkenaan merupakan sebahagian dari pejabat urusan perniagaan milik isterinya, Nurulain Md Yusof yang disewa untuk dijadikan kafe.

Selepas empat bulan beroperasi, individu terbabit membuat keputusan untuk tidak lagi menjalankan perniagaan di situ dan meninggalkan tempat berkenaan tanpa melakukan ubah suai serta pembersihan seperti mana keadaan asal.


Foto: IG


"Dia merupakan seorang kenalan lama. Pada awalnya semua okay sahaja, bagaimanapun lama-lama banyak hal yang timbul.

"Kemudian dia buat keputusan untuk keluar dari tempat tersebut dan semestinya saya minta dia bersihkan dan ubah semula seperti mana keadaan asal.

"Namun sehingga hari ini semuanya masih tertangguh dan dia tinggalkan begitu sahaja. Kalau dikira-kira rasanya lebih kurang RM4,000 juga kos kerugian yang terpaksa saya tanggung," katanya kepada mStar.


Sebelum itu, Sufi berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.

Gagal menghubungi individu berkenaan, Sufi bagaimanapun enggan membuat laporan polis dan berharap pihak terbabit akan segera memberi maklum balas menyelesaikan isu ini.



"Tak perlu rasanya untuk saya buat laporan polis kerana nilai kerugian tidaklah terlalu tinggi. Cuma saya harap dia dapat selesaikan semua masalah ini.

"Saya cuba hubungi namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Dia juga sudah sekat saya di Instagram, tak tahu kenapa dia abaikan semua panggilan saya," jelasnya.



Akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu, Sufi berkata emosi isterinya sedikit terganggu kerana sudah merancang banyak perkara termasuklah meluaskan perniagaan mereka.

"Isteri saya menangis apabila keadaan sebegini berlaku sebab dia sudah rancang banyak perkara untuk ruang tersebut. Perkara ini mengganggu emosi isteri kerana tempat itulah dia memulakan perniagaan.


"Individu tersebut telah menunjukkan satu contoh yang buruk. Selama ini jika dia ada masalah saya tidak keberatan untuk membantu. Namun akhirnya jadi begini," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 15-9-2022 01:41 PM
Kalau cakap full melayu tak sampai maksud ke? Sebab macam hmmmmmm i used to renovate my bigger tu apa eh
Quote dudaberhias 15-9-2022 01:46 PM
miszclassique replied at 15-9-2022 01:41 PM
Kalau cakap full melayu tak sampai maksud ke? Sebab macam hmmmmmm i used to renovate my bigger tu ap ...

sek2 urban selangor bubble memang gitu lah kaka...
gigih nak mix2 bahasa inggeris dan melayu...
tapi kan seluruh umat manusia di kl pun begitu lahhh ... so lah, then lah... choiii merosakkan bahasa jah... duk i you i you kehulu kehilir...

sama macam kita gak la duk iolss uols kehulur kehilir eee
Quote codenamedream 15-9-2022 01:58 PM
dudaberhias replied at 15-9-2022 01:46 PM
sek2 urban selangor bubble memang gitu lah kaka...
gigih nak mix2 bahasa inggeris dan melayu...
ta ...

Heols kan boyan Singapore.
Quote miszclassique 15-9-2022 02:00 PM
dudaberhias replied at 15-9-2022 01:46 PM
sek2 urban selangor bubble memang gitu lah kaka...
gigih nak mix2 bahasa inggeris dan melayu...
ta ...

Tapi kalau marah memang auto rasa nak speaking kot, feeling dia tu lain
Quote Themilo 15-9-2022 02:00 PM
nak jual cendol ke nyahh? iols nampak kat Singapore Expo, heshe & team jual cendol free topping katanya.. SGD6 = RM19.80 secawan.. lalu iols pergi toilet & minum air paip jaaa
Quote mojarean_X 15-9-2022 02:21 PM
codenamedream replied at 15-9-2022 01:58 PM
Heols kan boyan Singapore.

Bawian tu kecik je tp keturunan mereka bertaburan di bumi singapore dan malaysia smpi dh susah nk identify
Quote dekmieDandy 15-9-2022 02:59 PM
camne dia bole jadi kaya yer

tengok macam tak laku je, event pun tak pernah nampak
Quote prince_marhaen 15-9-2022 03:22 PM
mewarisi bakat merempan dari omaknya... btw..meols masih lagi nampak heshe so coverina..
Quote sleepandream 15-9-2022 03:33 PM
lepasni kalau penyewa nak renovate mintak deposit byk sikit yach
Quote AshkieLa 15-9-2022 04:14 PM
lepas satu2 dia ni..
dulu kes gaduh ngan mak...
Quote epullipan 15-9-2022 05:21 PM
isteri menangis, emosi aku tak terganggu pon..lantak la tu bini ko
Quote nakkomenjugak 15-9-2022 09:15 PM
halahhh
ko spy mana member ko ni
jumpa depan2
belasah pastu heret je masuk rumah tu
suruh dia setelkan apa patut
ala2 cite tamil tu haa
ko nak cepat setel kan?
tu je caranya
Quote zeitabaei 15-9-2022 10:09 PM
Jgn percaya retis ni. Bini drama lebih ..tg la masuk court Baru tau sape betul .org Tu pun Ada bukti
Quote Perawankota 16-9-2022 02:26 AM
Aku tgk dari gambar kt atas, ingatkan penyewa tu sepahkan teruk gila.. But still nampak tak cantik lah.. Tapi idokla nk kena viral mcm kisah penyewa rumah dari neraka tu..

Or sebenarnya ada LG gmbr yang lagi teruk aku tak tengok?
Quote slyfynx 16-9-2022 05:29 AM
Sleeplessness night gitu. Adui.
I used to renovate my bigger? My bigger apekah?
Quote purplelilac 16-9-2022 05:33 AM
miszclassique replied at 15-9-2022 01:41 PM
Kalau cakap full melayu tak sampai maksud ke? Sebab macam hmmmmmm i used to renovate my bigger tu ap ...

Dia ni Sporean,so x pelik pun ckp campur2 haha.
Quote sambaldurian 16-9-2022 07:09 AM
tp yg aku mcm x 'puas hati' , dia kn singaporean knp boleh nyanyi lagu masa merdeka, lagu keluarga Msia. mcm dh xde penyanyi kelahiran Msia pulak.
Quote mamajawie 17-9-2022 11:44 AM
iollss pelik followers kat ig sampai 178k tapi yg like dalam 1000++ je..meaning 1% je like dia punya post..lagi 99% mana?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044209 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top