CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salamiah Hassan Pindah Duduk Australia Ikut Suami

15-9-2022 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2239| Komen: 9

Penyanyi veteran yang popular dengan lagu Gelombang dan Menghitung Hari, Salamiah Hassan kini menetap di Tasmania, Australia selepas berkahwin dengan lelaki berasal dari Liverpool, United Kingdom (UK), Gerry Hughes pada 1 September lalu. 


Anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron, 48, berkata, walaupun sedih dia terpaksa akur dengan keputusan ibunya. 

Foto: IG

"Alhamdulillah, saya gembira ibu saya berkahwin apatah lagi dia sudah menjadi ibu tunggal selama 35 tahun. Dia menjaga dan membesarkan kami adik-beradik, jadi ini waktu untuk dia ada pasangan. Selama ini dia seorang yang sangat berdikari.  

"Tapi sedih, dia sudah pindah di sana. Bulan lepas ayah saya meninggal dunia. Pada masa sama juga, dia ke Tasmania. Insya-Allah hujung bulan ini dia balik sini sebab ada persembahan," katanya kepada Harian Metro. 



Menurut Atilia, ibunya ambil masa untuk berkongsi mengenai perkahwinan itu selepas sudah ada kepastian. 

"Waktu dia cakap nak kahwin, sebagai anak pada mulanya ingat dia sakit. Dia selalu pergi buat pemeriksaan kesihatan, sebab sebelum ini dia ada kanser payudara. Tapi kali ni dia cakap ada benda nak beritahu. Kami pun bersedia untuk berita buruk. 



"Masa dia cakap nak kahwin tu, kami gembira tapi tertanya-tanya siapa lelaki itu. Dia terus buat panggilan video. Kami bercakap dengan Gerry dan dapat rasa dia lelaki yang baik. Selama ini dia tak pernah cakap sampai hari dia beritahu nak kahwin tu. Dia juga tunjuk video Gerry melamar," katanya.

Menurut Atilia, Gerry juga seorang duda tiga anak.

"Mengenali mak saya, dia takkan buat sesuatu yang dia tak pasti. Jadi, apabila dia tak pasti, itu yang dia tak beritahu kami lagi. Selepas semua okay dan pasti baru dia beritahu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-9-2022 03:05 PM
Selamat Penagnati n Baru
Quote jalfa 15-9-2022 03:17 PM
Untung nek sally..dah tua pon mampo takel kokosen hensem tahniah
Quote prince_marhaen 15-9-2022 03:23 PM
sebelom tutop mata....sempat jugak lah merasa lemang kokesyen... hihihi
Quote lattehazelnut 15-9-2022 04:09 PM
Pergh atilia pun 48
Quote kucingitam 15-9-2022 04:18 PM
kem salam kat sajat ye auntie
Quote yusryimran 15-9-2022 04:27 PM
prince_marhaen replied at 15-9-2022 03:23 PM
sebelom tutop mata....sempat jugak lah merasa lemang kokesyen... hihihi

hahaha gituwwww
Quote pasubungaa 15-9-2022 05:01 PM
tahniah ye sis
Quote nakkomenjugak 15-9-2022 09:17 PM
demmmmmm
iol nak tekel laki melayu pun payah
nek miah sambar mat saleh terus
congratz

Quote annadonna 15-9-2022 10:58 PM
Rasa aman damai dengar perkahwinan dorang. Ini utk companianship dah ni bukan soal lemang

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.159111 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top