CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tikam Ibu 10 Kali Sampai Mati Guna Badik, Marah Sebab Tak Bagi Kahwin

15-9-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1357| Komen: 9

TARAKAN: Akibat hasrat untuk berkahwin dan membuka perniagaan ditentang, seorang nelayan di bandar Tarakan tergamak membunuh ibunya sendiri menggunakan sebilah badik. 


Ketua Unit Siasatan Jenayah Tarakan, Muhammad Aldi berkata, ibu mangsa menolak hasrat anak lelakinya kerana suspek tidak mempunyai teman wanita lagi untuk mendirikan rumah tangga. 

Namun, katanya, lelaki berusia 33 tahun tersebut bersungguh-sungguh mahu wanita itu menjodohkan dia dengan salah seorang ahli keluarganya. 

Gambar Hiasan

“Mangsa menolak permintaan suspek kerana tidak mempunyai wang untuk membantu anaknya berkahwin apatah lagi membuka perniagaan,” katanya lapor Kompas.com. 


Disebabkan hajat tersebut ditolak, lelaki itu diam membisu dan terus masuk ke biliknya  

Namun, Muhammad berkata, suspek membawa sebilah badik yang diambil dari almari dan meletakkannya di dalam beg pada sebelah petang. 

Sejurus itu, katanya, dia masuk ke dalam bilik ibunya yang baru selesai mandi dan menguncinya dari dalam. 

“Dia kemudian bertanyakan sekali lagi mengenai keputusan ibunya sehingga menyebabkan dia tidak berpuas hati dan berasa marah, lalu nekad membunuh wanita itu.

“Suspek menikam ibunya berulang kali tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami mangsa sehingga didengari anaknya yang lain.

“Kita dapati sebanyak 10 tikaman dengan empat daripadanya di bahagian depan, satu di dada kiri dan dua di tangan kiri mangsa,” katanya. 

Disebabkan pintu tidak dapat dibuka dari luar, ahli keluarga yang lain terpaksa meminta bantuan penduduk setempat. 

Jelasnya, orang ramai bertindak memecahkan tingkap untuk membantu mangsa yang ditikam bertubi-tubi oleh anaknya sendiri. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-9-2022 11:50 AM
ni pasti x pernah dgr lagu IBU(Exists).
Quote rosedemon 15-9-2022 11:52 AM
neraka la ko
Quote nurul_akmar 15-9-2022 11:58 AM
ibu dia tu rasional. tau anak dia x mampu kawen. bukan jenis ibu yg lepaskan je anak lelaki problem ke memana pompuan. janji lepas tanggungjawab. tp ibu dia pulak kena bunuh
Quote Artemesiaa 15-9-2022 12:11 PM
Kerja sia2 tambah sia2 kena hadap hukuman
Quote eragon 15-9-2022 12:45 PM
Patut la abu tu tak bagi anak dia kawin.
Quote che-cikL 15-9-2022 01:06 PM
berita caprut.jpg
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2022 01:07 PM
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote musangbodoh 15-9-2022 01:37 PM
malas nk google....tarakan kt mn nie
Quote pooh~key 15-9-2022 01:40 PM
Akak pulak malas nak google menatang badik tu apa sis?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.297318 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top