CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mohon PM Guna ‘Keajaiban’ Selamatkan Mangsa Sindiket Pemerdagangan

15-9-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1079| Komen: 12

“Kita sudah tidak boleh mohon bantuan lagi, kita perlu bertindak segera. Ini soal nyawa. selamatkan mangsa sindiket luar negara, PM
Ramai rakyat kita sedang terperangkap selepas menjadi mangsa kepada penipuan sindiket kononnya tawar pekerjaan akhirnya jadi alat pemerdagangan.”


Itulah luahan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar semalam.


Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim bersama salah seorang keluarga mangsa sindiket luar negara di Kedutaan Myanmar


Menurut beliau, penerimaan Kedutaan Myanmar yang begitu ‘dingin’ yang bukan sahaja enggan melayan MHO bersama beberapa lagi persatuan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa keluarga mangsa hari ini membuktikan mereka enggan bekerjasama.

“Yang boleh melakukan keajaiban pada masa ini adalah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hanya beliau boleh campur tangan dan menyelamatkan ribuan rakyat kita yang antaranya berumur dalam lingkungan 16 tahun sehinggalah 40-an.

“Kita bukan cakap suka-suka, ini bukan soal kita hendak minta bantuan kecil bantu bagi peruntukan atau dana. Ini soal nyawa, walaupun ada antara mangsa telah menggunakan ‘jalan tikus’ untuk ke negara seperti Myanmar, Laos dan Kemboja namun kita juga tidak tahu apa sebenarnya sebab mengapa mereka guna jalan itu.

“Ada juga dakwaan dari keluarga mereka terpedaya dengan ejen konon naik kapal terbang malah ada juga yang diculik di Thailand sebelum di bawa ke negara seperti Myanmar. Kita boleh serah memorandum, kita boleh terus tekan dan gesa pihak berkuasa tapi ini bukan masa berdebat siapa jaguh. Ini isu nyawa.

“Kita mohon Perdana Menteri campur tangan, gerakan menyelamat yang sedang cuba di usahakan oleh Wisma Putra tidak memadai jika dibandingkan dengan Taiwan yang berjaya menyelamatkan semua rakyat mereka yang ditahan bersama-sama rakyat Malaysia dan China.

“Kerajaan boleh guna platform ke­tua-ketua kerajaan ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana berdasarkan maklumat waris mangsa, pelbagai penderaan dan kekejaman sedang dilakukan oleh sindiket ini.

“Pagi ini, kita dengar sendiri bagaimana anak kepada salah seorang mangsa bercerita bagaimana salah seorang rakyat kita telah dibunuh di sebuah kawasan dikenali sebagai ‘KK’ di Myanmar yang turut dikawal oleh tentera.

“Ada juga dakwaan rakyat kita dipaksa melacur, didera menggunakan renjatan elektrik berkali-kali sehari, diugut diambil organ untuk dijual di pasaran gelap dan macam-macam, tunggu apa lagi,” katanya.


Seorang wanita yang dua anaknya menjadi mangsa sindiket itu dan masih lagi terperangkap di Myanmar.

Sindiket itu didalangi rakyat China adalah memperdayakan mangsa menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggan atau penterjemah di Dubai, Bangkok dan Turkiye dengan bayaran lumayan.

Selepas mendapat persetujuan mangsa, ejen akan mengurus dan menanggung kos perbelanjaan perjalanan ke destinasi yang akan ditukar lokasi pada saat-saat akhir.

Selepas tiba di Myanmar, Kemboja atau Laos, semua dokumen perjalanan dan telefon mangsa akan dirampas serta dimusnahkan.

Mereka kemudian dikurung dan dikawal ketat dan dipaksa bekerja untuk sindiket perjudian dalam talian, scammer, pelaburan, love scam dan penipuan lain.

Dalam pada itu, penasihat MHO yang juga mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan  turut melahirkan kebimbangan beliau berikutan insiden pemerdagangan manusia yang seolah-olah dilakukan secara terbuka.

Beliau turut menyalurkan semua maklumat diperolehi daripada mangsa kepada Bukit Aman bagi tindakan susulan dengan kadar segera.


Tan Sri Musa Hassan

“Ini bukan satu isu kecil, ini sangat membimbangkan dan sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera. Hari ini kita hadir untuk serahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar agar rakyat kita yang sedang terperangkap di negara mereka segera dilepaskan sebelum apa-apa buruk terjadi kepada mereka,” ujarnya.

MalaysiaGazette turut berkesempatan berjumpa dengan beberapa keluarga mangsa yang merayu sambil menangis supaya anak-anak mereka dapat pulang dengan selamat ke negara ini.


Anak pasangan suami isteri ini didakwa diculik dari Thailand sebelum disuntik dadah, didera berhari-hari sebelum dipaksa menjadi scammer di Myanmar.

“Anak kami ke Thailand selepas mendapat tawaran kerja sebagai penterjemah bagi sebuah syarikat pelancongan dengan gaji dolar Amerika. Dia tiba di Bangkok sebelum diculik dan dibawa pula ke Myanmar dengan cara menyuntiknya dengan dadah.

“Apa salah anak kami yang cuba bekerja diluar mencari rezeki? Tolonglah Perdana Menteri, tolong anak kami. Kami sudah dengar macam-macam dan kami tidak terdaya selamatkan dia jika tiada sebarang campur tangan dari anda. Tolonglah,” kata salah seorang wakil keluarga mangsa.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 15-9-2022 01:40 PM
Rohingya lari dari Myanmar datang Malaysia..rakyat Malaysia datang ke mynmar nak kerja..
Quote krustykrab 15-9-2022 01:43 PM
Cina ek yg byk pi sana..iols ingat cina² ni bijak rupanya idak le sgt pun..dah tu pulun pi negara yg erkkkk..... At least org melyu gi aussie, SK
Quote Highflyer19 16-9-2022 07:39 PM
krustykrab replied at 15-9-2022 01:43 PM
Cina ek yg byk pi sana..iols ingat cina² ni bijak rupanya idak le sgt pun..dah tu pulun pi negara y ...

Totally agree...patut pergi negara yg lbh maju bkn yg mundur drpd kita...mustahil mrk blh offer better than us...just use common sense tk perlu rocket sc pun...pelik pulak cina2 ni
Quote Nenasketum 16-9-2022 10:02 PM
Sendiri Bodo nak carik keje senang. 90% bangsa cina, kekonon keje test gaming, keje 2 shift, satu shift 2 jam, gaji RM5k, rumah di kekonon dibayar oleh majikan. Kat sini keje takmo yang susah. Dia macam konsep ekonomi, ada demand, ada lah supply.
Quote LautBiru52 16-9-2022 10:14 PM
Aduhai. Mcm mane la senang sangat percaya
Quote naina 16-9-2022 10:19 PM
Pernah dengar sekali kes ni dulu. Rupanya Suh jadi scammer eh. Yang scammer Malaysia dengar suara orang melayu. Ada ke melayu sanggup kerja jadi scammer?
Quote naina 16-9-2022 10:21 PM
krustykrab replied at 15-9-2022 01:43 PM
Cina ek yg byk pi sana..iols ingat cina² ni bijak rupanya idak le sgt pun..dah tu pulun pi negara y ...

Haha ini betholll. Melayu paling2 Singapore nak cari dollar. Yang ni p Bangkok nun dibayar dollar. Nonsense. Paling lekeh pun jadi pemetik buah kat Oz. Janji tak kena scam kena kurung bagai.
Quote jalfa 16-9-2022 10:21 PM
Cina bijak tu cuma teori  atas kertas je
Quote krustykrab 16-9-2022 10:30 PM
naina replied at 16-9-2022 10:19 PM
Pernah dengar sekali kes ni dulu. Rupanya Suh jadi scammer eh. Yang scammer Malaysia dengar suara or ...

Ada..iols prnh dpt call dr sirg budak.melayu ni..siap sembang² dgn dia, bg nasihat sikit.

Yg cina pulak dah la nak tipu olang, maki hamun aku pulak. Siap call beekali² hanya nk maki aku
Quote sharlenetexas 16-9-2022 10:30 PM
krustykrab replied at 16-9-2022 10:30 PM
Ada..iols prnh dpt call dr sirg budak.melayu ni..siap sembang² dgn dia, bg nasihat sikit.

Yg cin ...


Cina tu cakap melayu ke?


Quote krustykrab 16-9-2022 10:31 PM
Nenasketum replied at 16-9-2022 10:02 PM
Sendiri Bodo nak carik keje senang. 90% bangsa cina, kekonon keje test gaming, keje 2 shift, satu sh ...

Suruh masuk askar, polis, bomba pemalas..konon nk jd biz man..sekali jd scammer ujung² bentak gomen suruh tolong.. sendiri bodoh
Quote krustykrab 16-9-2022 10:38 PM
sharlenetexas replied at 16-9-2022 10:30 PM
Cina tu cakap melayu ke?

Ye, dia ngaku dia dr lhdn...memula aku nk layan je, tp tiber tak tahan nk ketawa...terus la aku cakap eh aku ni keje lhdn..trus dia hamun aku..p***m*k...dicarutnya mak aku pulak...aku hangup..dia terus call ssmpai aku angkat tp aku letak tepi je..dgr jgk la sikit² makihamun dia tu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038571 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top