Tular video Raja Charles III melepaskan kemarahan hanya kerana dakwat pen yang digunakan bocor. Daily Mail kelmarin melaporkan, ketika kejadian monarki Britain itu sedang duduk dan bersedia menurunkan tanda tangan pada buku kehadiran diraja di Istana Hillsborough, Ireland Utara.
Menerusi video tular berkenaan, Charles dikatakan sedang duduk dan bersedia untuk menurunkan tanda tangan pada buku kehadiran diraja di Istana Hillsborough, Ireland Utara. Semasa baginda mula menulis tanda tangan, dakwat pen tersebut bocor dan mengenai tapak tangannya.
“Beta sangat tidak berkenan dengan kejadian seperti ini. “Setiap kali beta mahu menurunkan tanda tangan, pasti pen yang diberi akan bocor,” getus Charles sambil mengelap tapak tangannya dengan sapu tangan. Isterinya, Camilla menenangkan keadaan apabila meminta baginda beralih dan menukar pen dengan segera sebelum menurunkan tanda tangannya pada buku tersebut sementara Charles menenangkan diri. Hanya tiga hari sebelum itu, Charles dirakam dalam situasi berang serupa apabila menyuruh pembantu diraja membersihkan meja yang menjadi lokasi baginda menandatangani Proklamasi Pertabalan yang secara rasmi menjadikannya monarki baharu United Kingdom (UK) dan Komanwel. Sumber: Kosmo
|
makadek replied at 15-9-2022 11:30 AM
Apa lg pecat ler
Highflyer19 replied at 15-9-2022 11:21 AM
Lain kali gina ball pen atau marker…
Artemesiaa replied at 15-9-2022 11:37 AM
Kuat berangin pulak dia dikhalayak sejak dua menjak ni. Aritu pun dah siap umum nak buang ramai pek ...
ADVERTISEMENT