CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Galak Menari, Berpesta Di Pulau Perhentian Adalah Video Lama

15-9-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 903| Komen: 1

Siasatan berhubung penularan sebuah video memaparkan aktiviti tidak bermoral di Pulau Perhentian, Besut pada 10 September lalu akan diserahkan kepada polis.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin mengsahkan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung video berkenaan.



Justeru, satu siasatan terperinci berhubung dakwaan sekumpulan individu berpesta dan menari di pulau berkenaan akan dijalankan.

Difahamkan, hasil siasatan pegawai penguat kuasa syariah daerah Besut mendapati ia adalah video lama yang ditularkan semula.


"Memang kita sudah semak dan tidak berlaku sebagaimana video yang ditularkan pada 10 September lalu.

"Malah, ketika itu, pelancong pun tidak ramai kerana perlawanan akhir Piala FAdi Stadium Nasional Bukit Jalil dan semakan kita juga mendapati video berkenaan sudah dipadamkan.

"Kita pandang serius isu ini dan kita serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Terdahulu, video tular memaparkan sekumpulan individu berpesta dan menari yang didakwa berlaku di sebuah lokasi di Pulau Perhentian, Besut itu, dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook pada 10 September lalu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 14-9-2022 04:42 PM
alahhh alahhhhh.....lek lek lu....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.234345 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top