CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pesanan Terakhir Aman Shah...

15-9-2022 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2439| Komen: 5

Pesanan terakhir Allahyarham Aman Shah kepada anak sulungnya iaitu Hadzly akan terus dikenang dan menjadi amanat yang perlu dipegang sepanjang hayat.

Menurut Hadzly, 43, sejak kecil hubungannya dengan bapa agak renggang, namun ia kembali terjalin erat selepas dia mengambil keputusan tinggal berdekatan di Kuala Lumpur.

Zalelo sempat bertemu arwah bapa ketika majlis pertunangannya minggu lalu, Foto: mStar

"Sebenarnya saya tidak rapat dengan arwah ketika kecil kerana dibesarkan oleh arwah nenek.

"Selepas bekerja dan menetap di Kuala Lumpur barulah hubungan kami akrab dan dia selalu ajak bercuti sama jika ada masa lapang.


"Kali terakhir pesanan arwah kepada saya adalah untuk menjaga baik semua anak-anak. Itu adalah amanat yang akan sentiasa saya pegang," katanya kepada mStar.

Hadzly ditemui semasa pengebumian arwah bapanya itu yang diadakan di Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor pada petang Rabu.


Foto: mStar

Dalam pada itu, Hadzly menyifatkan lagu popular nyanyian arwah berjudul Kepulangan Yang Di Nanti terlalu istimewa dan dekat dengan dirinya.

"Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama," jelasnya.

Hadzly merupakan anak sulung Aman hasil perkahwinan pertama dengan bekas isteri iaitu Rohani Nik.

Sementara itu, seorang lagi anak arwah iaitu Zalelo berkongsi detik pertemuan terakhir bersama bapa ketika majlis pertunangannya yang diadakan di Singapura.

Zazelo yang juga merupakan penyanyi di negara berkenaan mengakui terkejut apabila mengetahui berita pemergian bapa tercinta.

Kata Zalelo atau nama sebenar Afrah Athasha, 23, dia berharap agar dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama arwah.

"Baru dapat jumpa ayah. Dia datang ke Singapura ketika saya bertunang. Tak sangka dia meninggal dunia secepat ini.

"Saya berharap dapat mencipta lebih banyak kenangan bersama jika arwah masih dipanjangkan usia," katanya.

Zalelo merupakan anak Aman hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Farah Diba Abdul Aziz.

Aman pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai enam orang anak hasil semua perkahwinan.

Aman Shah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara akibat serangan jantung pada pukul 2.20 petang, Rabu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 15-9-2022 10:53 AM
Sesungguhnya Masih belum bisa  celen Pesanan Terakhir yg satu ini..
[youtube]qI1vQ1j-Qnk[/youtube]




Quote Nnasda53 15-9-2022 11:07 AM
Teruskan berdoa buat ayahmu Dik.
Quote Lavender_Violet 15-9-2022 11:55 AM
Arwah ni dok KL ni dgn wife ke 3 nya lah kan which is his current wife?
Quote KamikuP 15-9-2022 02:55 PM
Salam takziah
Quote sukacactus 15-9-2022 08:34 PM
Baru ku tahu 6 org ank arwah dr 3 perkahwinan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.187168 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top