CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Ditegur Tengok Porno, Lelaki Bakar Isteri Dan Anak

15-9-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1582| Komen: 14

Seorang lelaki bertindak membakar isteri dan anak tirinya selepas berang ditegur ketika sedang menonton filem lucah.

Lelaki berusia 29 itu bagaimanapun telah ditahan polis pada Selasa malam.

Insiden berlaku di Sidoarjo di Jawa Timur, Indonesia.

Foto: Kompas

Ia bermula selepas isteri suspek menegurnya yang sedang menonton filem lucah.

Tindakan lelaki itu menyebabkan isteri dan anak tirinya berusia enam tahun melecur di bahagian kaki.

Dalam satu sidang media bersama Ketua Polis Daerah Sidoarjo, Kombes Pol Kusumo Wahyu Bintoro, lelaki berkenaan mengakui kesilapannya kerana membakar isteri dan anaknya.


"Saya mengakui silap. Sekarang saya menyesal. Isteri saya masih di hospital... saya silap," katanya pada Rabu.

Dia berhadapan dengan dakwaan melakukan penderaan yang mengakibatkan kecederaan parah, yang membawa hukuman penjara lima tahun jika disabit kesalahan.

Wahyu Bintoro berkata, suspek membakar isterinya menggunakan petrol.

"Suspek menyiram petrol ke atas isterinya yang sedang membasuh pinggan di bilik air.

"Suspek kemudian membakar tisu dan kemudian membalingnya ke kaki mangsa.

"Kedua-dua mangsa cuba memadamkan api antara satu sama lain," katanya.

Hasil siasatan mendapati suspek sering menonton filem lucah. - CARI

Sumber: mStar/Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 15-9-2022 10:34 AM
Napsu tgh mengebu-gebu, kan @Friska babu
Quote Mooverine 15-9-2022 10:56 AM
salah tekaan saya kali ni.. ingatkan India tadi..
Quote tri-max 15-9-2022 11:25 AM
mbak @Friska dijemput utk sepatah dua kata
'tred' ni belom ditutup kok

Quote j3m4h 15-9-2022 11:28 AM
@Friska ya hampun sedulur mu kok kayak gitu ya…
Quote Artemesiaa 15-9-2022 11:28 AM
Dasar mental
Quote AshkieLa 15-9-2022 11:31 AM
giler... mohon mereput dalam jail
Quote jas7512 15-9-2022 11:33 AM
Pasai indon ni suka tgk porno....
Quote rosedemon 15-9-2022 11:49 AM
khinzir punya jantan elok ko tu yg dibakar
Quote venom1 15-9-2022 11:52 AM
kau belasah la bini atas katil dari tengok poron
Quote mojarean_X 15-9-2022 11:53 AM
Siannya....
Quote CardiGans85 15-9-2022 12:27 PM
Bajingan laki koyo ngono..sampluk endase sampe mati
Quote green~tea 15-9-2022 12:33 PM
Ya Rabbi.. nape baran sangat??? Kena provoke ke or dicalar maruah? Sampai hilang pertimbangan? Sian anak takde kaitan plak kena....

Bodoh punya indon leluhur bik friskies
Quote KamikuP 15-9-2022 02:54 PM
Ya ampornn ko dah kenapa gila seks wahai caprut bajingan Sulawesi?
Quote Highflyer19 15-9-2022 05:00 PM
Tgh high ke apa ni…

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046539 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top