CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Tak Macam Biasa, Tak Ceria Macam Dulu-Peguam

14-9-2022 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 689| Komen: 0

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tidak seperti biasa apabila tidak ceria seperti mana sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui selepas prosiding kes perbicaraan pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

“Beliau tidak kelihatan seperti biasa, tidak seceria seperti sebelum ini,” katanya.

Menurutnya lagi, setakat hari ini tiada sebarang petunjuk Najib akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).


Foto: Kosmo


Terdahulu semasa prosiding, Najib yabng sebelum ini dilaporkan mengalami masalah tekanan darah, masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Muhammad Shafee memberitahu, tekanan darah Najib sudah turun tetapi belum berada pada tahap yang memuaskan walaupun selepas diberikan ubat bagi penyakit darah tinggi yang asal.

Menurut Muhammad Shafee, Najib diberikan sijil cuti sakit selama dua hari sehingga esok.

Katanya, beliau dapat menemui anak guamnya hari ini yang ditempatkan di wad 21 dan mereka berbincang mengenai masalah kesihatan bekas Perdana Menteri itu, mengenai perjalanan kes dan langkah seterusnya yang akan diambil.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan perbicaraan bersambung pada  26 September ini.

Semalam media melaporkan Najib mungkin akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) ekoran tekanan darahnya tidak stabil.

Najib, 69, sedang dibicarakan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.022730 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top