CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelar ‘Mahathir Anak Lelaki (A/L) Iskandar Kutty’, Zahid Sengaja Bangkit Isu Perkauman

14-9-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1334| Komen: 12

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid sengaja membangkitkan isu perkauman ketika memfitnah dan mempertikai asal keturunannya sewaktu menggelar beliau ‘Mahathir anak lelaki (a/l) Iskandar Kutty’.


Bekas Perdana Menteri berkata, meskipun mempunyai darah keturunan India, susur galur tersebut tidak menjadikan beliau ‘kurang Melayu’ atau ‘bukan Melayu’.

Jelas Dr. Mahathir selaku plaintif, isu berhubung salasilah keturunannya hanya dibangkitkan Zahid selepas beliau tidak lagi bersama UMNO yang jelas menunjukkan niat jahatnya.

Bekas Perdana Menteri menyatakan demikian dalam jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Zahid.



Dr Mahathir mengemukakan saman fitnah terhadap Zahid kerana mengeluarkan kenyataan palsu mempersoal keturunan dan perjuangan politik beliau ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya, lima tahun lalu.

Plaintif selanjutnya menegaskan, Presiden UMNO mempunyai niat jahat ketika menggelarnya demikian di hadapan khalayak ramai sehingga menjatuhkan dan merendahkan imejnya sebagai seorang tokoh politik yang berpengaruh.

Menurut Dr Mahathir, defendan membuat kenyataan fitnah tanpa usul periksa atau mengambil sebarang langkah wajar dan munasabah untuk memastikan kebenaran maklumat tersebut.

Plaintif menyatakan, pembelaan-pembelaan yang dibangkitkan oleh defendan iaitu pembelaan perosak dan penawar (bane and antidote), justifikasi, ulasan saksama, dan perlindungan bersyarat dan/atau pembelaan Reynolds, tidak berjaya.

Sehubungan itu, beliau memohon mahkamah menolak pernyataan pembelaan Zahid dan membenarkan tuntutan samannya dengan kos.

Sementara itu, Zahid dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 17 Ogos lalu menafikan kenyataan yang dibuat pada 30 Julai 2017 adalah berniat jahat untuk memfitnah dan merendahkan reputasi plaintif di khalayak umum.

Dakwa Presiden UMNO itu, nama `Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ merujuk kepada seorang individu berdasarkan maklumat dalam salinan kad pengenalan yang lama selain mendakwa beliau juga tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang penerbitan video berhubung kenyataannya di platform media.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir memberitahu pihak media, mahkamah menetapkan 7 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya pada prosiding di hadapan Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris secara e-Review hari ini.

Dr Mahathir memfailkan writ saman di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Julai lalu melalui Tetuan Haidir & Co. dengan menamakan Zahid sebagai defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutannya, Dr Mahathir, 97, selaku plaintif mendakwa Presiden UMNO itu antara lain mempertikai asal usulnya yang dikatakan bukan berketurunan Melayu ekoran perkataan `kutty’ didakwa tertera pada kad pengenalan berwarna biru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, rakaman video mesyuarat tersebut yang berlangsung pada 30 Julai 2017 kemudian diterbitkan semula dalam akaun Youtube Astro AWANI dan telah mencatat 148,199 tontonan.

Pernyataan tuntutan tersebut antara lain menyatakan, Zahid (defendan) seperti dalam rakaman video berdurasi hampir tiga minit itu turut memfitnah beliau dengan menyentuh perjuangan politiknya ketika dalam UMNO.

Menurut Dr Mahathir, rakaman video itu turut disiarkan melalui platform lain termasuk portal-portal berita iaitu Free Malaysia Today (FMT), Malay Mail, Malaysiakini dan Malaysia Today.

Plaintif menyatakan, defendan berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan fitnah sehingga mendedahkan beliau kepada kebencian masyarakat dan menyebabkan kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik berpengaruh, dipandang serong.

Plaintif turut memplidkan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu telah merosakkan nama baik, maruah, reputasi dan integriti beliau selain bertujuan melemahkan pengaruh politiknya secara berterusan.

Menurut Dr Mahathir, kenyataan fitnah itu juga turut membawa maksud plaintif menggunakan orang Melayu semasa berjawatan Perdana Menteri untuk mendapatkan keuntungan politik dan peribadinya serta memperkecilkan rakyat Malaysia berketurunan India Muslim.

Plaintif juga berasa malu dan terhina dengan keturunan nenek moyangnya yang mempunyai darah India.

Plaintif memplidkan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah itu secara tersiratnya membawa maksud bahawa kredibiliti beliau selaku pemimpin negara dan pemimpin parti yang mengutamakan orang Melayu, diragui.

Pernyataan tuntutan itu turut menyertakan alasan munasabah berhubung kelewatan plaintif mengambil tindakan segera kerana beliau terlebih dahulu telah bertindak mencabar kenyataan defendan dalam beberapa peristiwa sebelum menyamannya.

Menurut Dr Mahathir, antara langkah-langkah itu termasuk mengeluarkan kenyataan media seperti yang disiarkan dalam video di akaun YouTube KiniTV pada 31 Julai 2017.

Defendan tidak mengambil sebarang tindakan atau langkah munasabah bagi mengesahkan kenyataan tersebut atau menghalang penerbitan semula walaupun menyedari kenyataan itu mendapat perhatian pembaca.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi keterlaluan yang akan ditaksir oleh mahkamah.

Plaintif menuntut ganti rugi am kerana kenyataan fitnah itu memalukan beliau dan menjatuhkan reputasinya selaku negarawan dan pemimpin politik yang disegani.

Plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya atau sesiapa sahaja daripada berkomunikasi, mengeluarkan komen dan mengulangi kenyataan fitnah terhadapnya.

Plaintif juga menuntut satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat secara lisan dan bertulis berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkannya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 14-9-2022 05:49 PM
Dia mengata dia, dia mengata dia.
2x 5, 5 x ba Alif ba ya
Quote Zazama 14-9-2022 09:37 PM
Edited by Zazama at 14-9-2022 09:39 PM

Kalau siapa2 yg memang rajin baca forum2 kat Cari, akan terbacalah Tok Det susur galurnya dari mana. Mmg betul lah Tok Det ada darah keturunan india, tp bukan calang2 keturunan Tok Det ni sebenarnya.. Kaka baca kat Cari.
Quote Highflyer19 15-9-2022 10:40 AM
Tak betul ke part Kerala tu…
Quote Gingerly 15-9-2022 01:37 PM
Adakah perkataan  "Mahathir" dinahusorofkan kejadiannya dari asal perkataan sanskrit "Mhatre". More to sanskrit or arabic u think berdasarkan susur galur keturunan
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2022 01:43 PM
Gingerly replied at 15-9-2022 01:37 PM
Adakah perkataan  "Mahathir" dinahusorofkan kejadiannya dari asal perkataan sanskrit "Mhatre". More  ...


Mahatma Gandhi tersenyum sinis dengan atokcow ijau mumia fosil ron97tahun a/l Iskandar Kutty
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2022 01:46 PM
zahid hamidi  manusia kaum pendatang jawa pelahap tempe  caprut  tersebut yang perlu bungkus kain baju berambus pulang ke tanah jawa darul tempe naik tongkang seperti leluhur mereka membuka penempatan di tanah mulayu 1860 - 1920 (juga dikunali subagai urang hanyut)

kabare wak



Quote kakikuDibibirmu 15-9-2022 01:47 PM
Jawa Pornorogol vs Kerala Kutty, dua-dua naik tongkang pechah
Quote namr 15-9-2022 02:03 PM
hantar je lah hanat ni balik ponorogo..semak betul, dia pun bukan asal malaysia
Quote ifanonline 15-9-2022 02:05 PM
jadi bangsa cina dan india di malaysia tak boleh dispute yg malaysia pernah ada PM dr non-bumi berbangsa india yakni mahathir...
Quote Itzy 15-9-2022 02:27 PM
Zazama:  Edited by Zazama at 14-9-2022 ...

susur galur dia dah punah. madey ni la guru penyangak najib
Quote Orix 15-9-2022 02:30 PM
Itzy replied at 15-9-2022 02:27 PM
susur galur dia dah punah. madey ni la guru penyangak najib

iols rs atok lg byak turunkan ilmu selok belok politik pd bangnon compare to jibun....
Quote Orix 15-9-2022 02:30 PM
wak ponorogo ni katanya mak bapak dia asal dari indon ??? cemana heshe boleh ada IC biru ?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.362565 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top