CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhenti Guna Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire Serta Merta!

14-9-2022 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1914| Komen: 11

Putrajaya: Notifikasi produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire dibatalkan kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Beliau berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan produk kosmetik itu mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, dan penggunaan produk yang mengandungi bahan berkenaan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Foto: Harian Metro

"Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Menurutnya, hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultra violet (UV) berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Betamethasone 17-valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 14-9-2022 06:17 PM
Belilah kt drug store.. Plus lagi murah dari produk2 oem ni
Quote Mina2215 14-9-2022 06:35 PM
Sapa lagi zaman ni amsih pakai produk timbang kilo ntah
Quote KucaiHijau 14-9-2022 07:10 PM
Sbb tu kulit nampak cantik.....walaupun sementara
Quote rosedemon 14-9-2022 08:40 PM
sapela bodo sgt pakai timbang kilo ni lagi
Quote jas7512 14-9-2022 08:43 PM
Biarlah x cantik asalkan sihat..jgn diikutkan sgt kehendak lelaki2 buaya yg bak pompuan nampak cantik tapi diri sendiri boroi..wanita..utamakan kesihatanmu
Quote MelahJanda 14-9-2022 08:47 PM
Ada jual produk ni kat kipmall bangi. Semalam akak g cari minyak panas. Nampak produk ni. Tati  kosmetik pun elok je jual
Quote vee_zara 14-9-2022 09:12 PM
Ada lg ya si bodoh yg pakai produk mcm ni? Minta2 jangan la acik forum terjebak ye.
Quote Zazama 14-9-2022 09:46 PM
Kok ye pun, founder tlg Telitikan bahan apa yg anda guna dlm produk. Jgn asal buat jek!
Quote putu 15-9-2022 10:41 AM
Produk apa ni sayang??? Xperna nampk pon
Quote orkid_amani 15-9-2022 11:17 AM
Kawan aii chemist cakap bukan semua product local tu timbang kilo..ada yg OEM ok..kalau nak tau timbang kilo dia punya marketing lain mcm.. gitu kata kawan aii
Quote Highflyer19 16-9-2022 09:18 AM
Good reminder…cepat2 buang

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.114032 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top