CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

India Gempar Ingat Cahaya Misteri, Rupanya Satelit Manusia Terkaya

14-9-2022 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1208| Komen: 3

Penduduk di negeri Uttar Pradesh, utara India melihat satu deretan cahaya misteri pada waktu malam baru-baru ini.

Cahaya itu dilihat di beberapa tempat di negeri tersebut seperti di Shravasti, Hardoi, Lucknow dan Kanpur manakala rakaman video serta gambar fenomena tersebut dikongsi di media sosial sehingga mencetuskan khabar angin ia mungkin objek terbang yang tidak dikenali (UFO).

Menurut seorang pengguna media sosial, dia melihat cahaya misteri tersebut pada jam 7.15 malam seperti kereta api yang sedang bergerak di langit.


WION

Namun, sumber pertahanan kemudian mengesahkan bahawa cahaya tersebut adalah satelit.


Pada awalnya laporan media menyatakan bahawa ia adalah satelit internet Starlink yang dikeluarkan syarikat SpaceX milik bilionair paling kaya di dunia, Elon Musk, lapor agensi berita ANI.

Sejumlah roket SpaceX Falcon 9 milik Space Xtelah pun menghantar lebih 3,000 satelit Starlink ke orbit dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar yang disasarkan di kawasan yang terpencil.

Roket-roket itu berlepas dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di pantai timur Florida, Amerika Syarikat. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 15-9-2022 10:07 AM
India semua benda nk gempaq...
Quote kucingitam 15-9-2022 10:59 AM
tak kecoh bukan demer le..
Quote copy_paste 15-9-2022 11:02 AM

negara maju tapi masih ada rakyat kolot, negara kaya tapi masih ramai rakyat miskin,kat sane ramai yg bijak2 berpelajaran tapi masih ramai yg xde pelajaran, tinggi betul jurang masyarakat sane

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035812 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top