Dek kerana ambulans ditunggu lambat tiba ke lokasi, seorang mangsa kemalangan terpaksa dihantar ke hospital menggunakan jengkaut.
Kemalangan membabitkan dua buah motosikal yang berlaku pada Isnin di Madhya Pradesh, India, menyebabkan seorang mangsa, Mahesh, 25, mengalami kecederaan serius pada kakinya akibat kemalangan tersebut. Penduduk tempatan berkata, sejurus kemalangan berlaku, mereka segera menghubungi ambulans untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital. Bagaimanapun, ambulans tidak kunjung tiba walaupun selepas setengah jam dihubungi.
Orang awam turut meminta bantuan pemandu beca, namun tiada yang menghulurkan pertolongan. Bimbang melihat keadaan mangsa yang agak teruk, seorang pemilik kedai runcit mengangkat mangsa dan meletakkannya di dalam penyodok jengkaut dengan bantuan orang awam, dan membawa pemuda tersebut ke hospital dengan jentera tersebut. Sumber: mStar
|
Kurex replied at 15-9-2022 08:52 AM
Tak yindon, mesti yindia. Tak yindia, mesti yindon
ADVERTISEMENT