CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Ditetak Guna Sabit Sebab Sebar Foto, Video Aksi Intim Dengan Isteri Orang Di Facebook

14-9-2022 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2236| Komen: 11

Seorang lelaki mati ditetak menggunakan sabit akibat menyebarkan foto dan video tidak senonoh isteri orang.

Menurut laporan Fajar Indonesia Network, lelaki berkenaan dibunuh oleh suami wanita terbabit pada 8 September lalu.


Difahamkan suami wanita terbabit dikatakan bertindak sedemikian kerana berdendam dengan tindakan mangsa yang menyebarkan foto dan video lucah isterinya di media sosial. 

Gambar Hiasan

Meskipun perkara tersebut sudah lama berlaku, tetapi suspek masih menyimpan dendam sehingga akhirnya dia nekad membunuh mangsa.

Semasa soal siasat, suspek mendakwa dia tidak berniat mahu membunuh mangsa dan insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba selepas dia terserempak dengan mangsa.

"Semasa kejadian, saya berada di sekitar kedai gunting rambut. Dia tidak mengenali saya tetapi saya kenal dia melalui gambar intim dia bersama isteri saya di media sosial. Jadi saya terus menikam dia.

Dakwa suspek lagi, mangsa dikatakan sering memuat naik dan menyebarkan foto bogel dan aksi intimnya bersama isteri suspek di Facebook. Tidak terhenti di situ, mangsa pernah mengugut wanita itu berhubung penyebaran foto dan video aib tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Sampang iaitu AKBP Arman mengesahkan motif kejadian adalah disebabkan dendam. Pihak polis turut merampas sabit dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-9-2022 05:10 PM
1. Tak tetak bini skaly ke?

2. Selayaknya mati.
Quote Firenzza 14-9-2022 07:10 PM
Ko ke dalam isteri buat bideo baru dgn org ke4
Quote dani-rox 14-9-2022 07:20 PM
dah tersebar cenggitu, baik si bini join onlyfans terus. duit pun dpt
Quote jazaa100 14-9-2022 07:28 PM
Firenzza replied at 14-9-2022 07:10 PM
Ko ke dalam isteri buat bideo baru dgn org ke4

Terus ke-4?.....


Quote Skuau 14-9-2022 08:35 PM
"Abang mari malezia la..saiya kongkek worang bini..tada apa..pon"-Abangla
-kisah ini pernh disiarkan di forum cari...
Quote rosedemon 14-9-2022 08:39 PM
dua2 aku tak kesian. pdan muke ko
Quote tikusmontok 14-9-2022 09:55 PM
Bini ndon mmg kuat skandal akibat byk makan jamu ke @Friska babu ndon?
Quote Highflyer19 14-9-2022 11:36 PM
Kerana viral umur melayang...
Quote kaedahnya 15-9-2022 01:26 AM
video dah lama berlaku i.e before kawin la kot gitu aku husnuzon.
Quote zuuu 15-9-2022 02:56 AM
Dh kenapa ko bodoh snggat laki wanita tu pon,patut ko ceraikan je bini ko tu,cari pompuan lain biarlah dia nak berskandal ngan laki mana pon,dah jadi cam ni ko masuk penjara bini ko aman2 cari jantan lain
Quote Antifake 15-9-2022 06:08 AM
Join kelab Will Smith

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.185189 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top