CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dalam Sejarah, 5 Juta Jejaki Pesawat Bawa Mendiang Ratu Elizabeth II

14-9-2022 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 833| Komen: 0

Kira-kira lima juta orang menjejaki pesawat yang membawa jasad Ratu Elizabeth II yang diterbangkan dari Edinburgh ke London, pada Selasa.

Ia menjadikan pesawat itu paling dijejaki dalam sejarah.


The Independent

Menurut Flightradar24, secara keseluruhan, 4.79 juta orang menjejaki pesawat secara langsung secara dalam talian, manakala suku juta lagi menyaksikannya menerusi saluran YouTube.

Syarikat itu berkata, lebih enam juta menjejaki pesawat berkenaan dalam minit pertama selepas Boeing C17A Globemaster itu mengaktifkan transponder di lapangan terbang di Edinburgh.


Ratu Elizabeth II mangkat di Istana Balmoral pada 8 September lalu. Upacara pengebumian akan diadakan pada 19 September ini.

Flightradar24 berkata, rekod terbaharu itu mengatasi jumlah 2.2 juta orang yang menjejaki pesawat membawa Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi yang melakukan lawatan kontroversi ke Taiwan, bulan lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048779 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top