CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

23 Kali Ditolak, Lelaki Bengang Susah Dapat Teksi Di Bangkok Sebab Bukan Pelancong

14-9-2022 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1126| Komen: 7

Seorang lelaki melepaskan kemarahan terhadap sistem pengangkutan teksi di Bangkok, Thailand apabila 23 buah teksi enggan berhenti untuk mengambilnya sebagai penumpang, lapor laman berita Thaiger kelmarin.


Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki itu mendakwa bahawa pemandu teksi di kawasan Asoke bersikap berat sebelah kerana hanya menerima pelancong asing dan enggan mengambilnya kerana lokasi yang dituju dekat, hanya mengambil masa kurang 15 minit pemanduan.


Thaiger

Pemilik akaun @iceprapadang itu berkata,  dia cuba menahan 23 buah teksi semasa menunggu di hadapan kompleks beli belah di kawasan tersebut.


“Hari ini saya memecahkan rekod apabila menahan 23 buah teksi yang enggan berhenti untuk penumpang tempatan.

“Sistem teksi sangat teruk,” tulisnya pada video berkenaan.

Lelaki itu berkata, pemandu teksi memberi pelbagai alasan termasuk tidak melalui laluan yang dituju, ada yang memarahinya kerana jarak terlalu dekat dan ada yang langsung tidak berhenti walaupun tanda kosong penumpang dinyalakan.

Dia akhirnya berjaya menemui teksi yang mahu membawanya ke lokasi yang dituju selepas percubaan ke-24.



“Saya memahami mengapa orang ramai  lebih memilih menggunakan perkhidmatan Grab. 

“Pemandu teksi yang baik masih ada,  namun ia sangat sukar ditemui,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-9-2022 05:13 PM
Takde grab ke kat sna nok?
Quote Perawankota 14-9-2022 06:44 PM
Aku pi Bangkok ke, Hua Hin ke memang amik grab je. Klu Bangkok tu mana leh naik tren, aku naik tren. Naik tuktuk adalah 2,3kali tapi tuktuk ni byk cekik darah.. Pastu pernah gak naik grabmotor dorg.. Pernah naik bertiga lagi balik Dr Songkhran party.. Dah lah tak pakai helmet. Keje gila betul masa tu balik ke Hilton
Quote tripleid 14-9-2022 07:02 PM
Drebar taksi jual mahal dgn kostemer..bukti Telend jauh lagi maju makmur drpd Msia
Quote dani-rox 14-9-2022 07:34 PM
bukan kat KLCC dan Bukit Bintang sama gak peel driver teksinya dulu? basah ketiak weols tahan taxi masa tu hokeh. sombong giler, nak pelancong kokesen dan ereb jah. padan muka pastuh terduduk bersaing dgn grab, uber dan sewaktu dgn nya
Quote uori 14-9-2022 07:36 PM
ba leawww
Quote gigahertz 15-9-2022 02:07 AM
Perawankota: Aku pi Bangkok ke, Hua Hin ke memang amik grab je. Klu Bangkok tu mana leh naik tren, aku naik tren. Naik tuktuk adalah 2,3kali tapi tuktuk ni byk cek ...

malaysia esok lusa cecah 69 juta populasi jadi macam thailand tu la.
thailand populasi dah 69 juta

Quote Highflyer19 15-9-2022 02:48 AM
Kalau bjln pun dh sampai sbb dekat sgt rather than waiting for ages…sawadikap

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.112826 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top