CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nabil Izinkan ‘Buang’ Cincin Dalam Muzik Video" - Ayda Jebat

14-9-2022 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2034| Komen: 10

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui terlebih dahulu meminta izin serta pandangan suaminya, Nabil Mahir sebelum menjadikan cincin yang dibeli Nabil buat seseorang sebelum ini sebagai antara ‘props’ yang ditampilkan dalam pembikinan muzik video single barunya, Tak Bsla Lepas.


Ayda, 30, berkata, dia tidak melihat ia sebagai suatu isu yang perlu diperbesarkan namun memohon maaf sekiranya elemen berkenaan dirasakan tidak patut diketengahkan oleh sesetengah pihak.


IG Ayda

“Saya bertanya terlebih dulu kepada Nabil mengenai cincin itu, sama ada dia okay atau tidak sekiranya kita masukkan ia dalam muzik video. Nabil beri izin dan sebelum itu pun, saya ada bertanya kepada beberapa individu. Sama ada ia akan jadi isu atau sebaliknya.


“Bagaimanapun saya tidak menafikan ada terima mesej peribadi di media sosial yang beritahu perkara itu tidak patut kerana perkara tersebut sudah pun berlalu dan sebagainya.

“Bagi pihak saya, saya tiada isu atau masalah dengan orang lain. Ambil ia sebagai suatu yang profesional dan kami pun memilih untuk tidak menyimpannya (cincin) itu lagi,” kata Ayda.


IG Ayda

Ditanya soal kritikan yang diterima sekiranya ada selepas ini sekiranya ada, ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak mahu mengambil ia daripada sudut yang negatif.

“Saya bersedia (kritikan) terhadap apa yang telah saya lakukan. Malah seperti yang saya beritahu, memang terlebih dulu saya bertanya pada beberapa orang lain. Cuma kalau kita lihat di dalam muzik video berkenaan, saya mahu selitkan memori kami berdua.

“Tidak dinafikan ada masa saya juga rasa tertekan dengan gosip yang mendakwa saya putus cinta dan sebagainya. Begitu juga dengan Nabil. Jadi kami gabungkan elemen ini dalam muzik video ini supaya mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.


IG Ayda

“Takkan lah kita berjumpa terus gembira. Sudah tentulah dalam proses pertemuan itu akan ada hal yang tidak manis berlaku yang seterusnya mematangkan kita sekarang. Bergantung kepada cara tontonan masing-masing,” katanya lagi.

Terdahulu, muzik video Tak Bila Lepas menjalani penggambaran di Langkawi beberapa bulan lalu dan diarahkan oleh Nabil sendiri.



Lagu tersebut mengisahkan perjalanan hidup pasangan sejoli ini dari saat pertama kali mereka berkenalan dalam menyelami isi hati hingga bertemu jodoh sebagai suami isteri.

Sehingga kini muzik video berkenaan sudah pun menerima tontonan hampir 400,000 kali selepas lebih seminggu dimuat naik menerusi YouTube.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 14-9-2022 11:28 PM
lagu dia sedap…tpai x nak tgk
mv dia sebab laki dia cringe gle….
Quote arffa 15-9-2022 08:23 AM
Ayda putus cinta dengan sapa lak? aku takleh recall sapa BF dia
Quote Sazreena 15-9-2022 09:41 AM
Bohsaannnyerr...
Quote dejure 15-9-2022 10:02 AM
Dah melekat yg no 2 kann..cpt btl
Quote miemiecha 15-9-2022 10:04 AM
cincin laki beli utk org lain>> sarah ke??
Quote Reira77 15-9-2022 03:00 PM
Wow hidung dia. Cantik la dia buat
Quote Aneem 16-9-2022 06:06 PM
Camana dia buat kulit jadi putih selempung gitu.
Quote shernazz 16-9-2022 08:14 PM
arffa replied at 15-9-2022 08:23 AM
Ayda putus cinta dengan sapa lak? aku takleh recall sapa BF dia

Solu bf dia redza.kucing
Quote arffa 17-9-2022 09:57 AM
shernazz replied at 16-9-2022 08:14 PM
Solu bf dia redza.kucing

Hahaha ok ok ingat
Quote bankerpencen 17-9-2022 10:27 AM
Sebut je redza kucing mesti teringat gambar kucing itu. Serious cannot unsee.

Aydamatris ni pandai layan peminat la tbh. Aku pernah bawak anak sedara aku jumpa dia, sopan je dia layan anak sedara aku. So aku ok je dengan dia walaupunnn aku tak suka langsung suara dia

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046332 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top